Saturday, June 13, 2015

Filem Yang Memberi Inspirasi #1


Gladiator (Swordsman)

Filem yang berlaku pada zaman tamadun Roman, menceritakan Maximus seorang general yang berjaya memenangi perang yang lama berlaku antara Roman dan German.

Setelah perang panjang, apa yang Maximus mahu hanya persaraan dan pulang ke kampungnya untuk bersama keluarganya.

Namun hasrat Maximus terkubur apabila Commodus (anak kepada Aurelius iaitu raja roman ketika itu) telah membunuh ayahnya dan memperoleh takhta sebagai raja Roman, dan mengarahkan supaya Maximus dibunuh kerana risau akan kuasa dan pengaruh serta kesetiaan Maximus kepada Aurelius.

Paling menyayat hati adalah anak dan isteri Maximus juga diarah bunuh dan dibakar. Maximus yang berjaya melarikan diri daripada dibunuh, ketika tiba di kampungnya, hanya mampu meratap di sisi mayat anak dan isterinya yang dibunuh, dibakar dan digantung. Maximus pengsan akibat kecederaan dialami.

Kemudian dia dibawa ke Zucchabar untuk dijadikan Gladiator oleh Proximo untuk pertandingan. Kehandalan, kebijaksaan dan kekuatan Maximus menarik minat Proximo dan membawanya ke Roman untuk bertanding di sana dan Maximus melihat ini sebagai satu peluang untuk ‘claim’ dendam yang disimpan.

Di Roman, Maximus berjaya membunuh Commodus di gelanggang Gladiator di hadapan rakyat Roman dan telah membersihkan namanya dan membalas dendam.

Apa yang aku dapat daripada filem ini adalah, apabila kebebasan/kegembiraan/kebahagiaan kita diragut baru kita mahu melatah, walhal sebelumnya kita sudah Nampak yang sesuatu buruk bakal berlaku.

Sama seperti hari ini, saat dunia makin meruncing, dan kita selesa bekerja begini, kita ditutup mata untuk terima hakikat bahawa kerja yang kita ada ini paling selamat. Kerja malas atau kerja sambil lewa gaji masih masuk hujung bulan. Cuba kalau gaji itu tiba-tiba masuk lambat atau tak masuk. Baru nak melenting? Baru nak cari alternatif?

KWAP, KWSP, Tabung Haji, semua tabung sudah diceroboh dan kita masih rasa selamat?


Fikir-fikirkan.

No comments: