Monday, May 11, 2015

Sahabat Yang Memberi Inspirasi

Apih.

Itu panggilan yang diberikan sejak 2003 lagi. Kami berkenalan di SMKDI, sekolah keramat yang memberi aku macam-macam rasa. Pahit manis semua ada.

Tahun ini 2015, aku dan dia berkawan selama 12 tahun. Ada ketika kami tidak berhubung, ada ketika kami pernah bergaduh, ada ketika kami berhubung bercerita mengenai hidup.

2009 aku terbang ke tanah besar. Katanya aku dan Shariff memberi motivasi kepadanya untuk terbang juga walaupun bukan sebagai seorang pelajar seperti kami.

Katanya, dia ingin kenal dunia.

Hari ini, tatkala jari ini mengetik papan kekunci bercerita mengenai dia, dia di tanah besar Kangaroo bekerja, mencari erti hidup.

Sudah setahun lebih Apih di sana, pengalaman demi pengalaman dicicah celup dan rasa. Tidur di stesen bas pada musim sejuk, duit makan minum yang tidak mencukupi, bekerja sehingga kulit masak, bekerja pada waktu malam di kilang. Oh pengalaman yang ramai tidak mahu merasa.

Aku pula di sini, bekerja di bawah angin bayu penghawa dingin memikirkan apa rasional seorang manusia seperti dia di sana yang mungkin akan dihambat oleh kerajaan sana, mungkin diterkam masuk penjara.

Rasional? Hidup hanya sekali!

Tahniah Apih, bagi aku mu berjaya, bagi aku mu hebat.

Manusia jangan jadi bacul!



No comments: