Tuesday, May 12, 2015

Kita Manusia Jangan Jadi Bacul

Manusia, kita dicipta untuk menjadi khalifah, menjadi ketua yang tidak merosakkan dunia ini. Kita dicipta untuk takut pada Maha Esa. Dicipta untuk menyampaikan kebaikan, menegah kejahatan.

Hari ini kita Islam bukan khalifah dunia, kita yang merosakkan dunia, lagi teruk kita biarkan mereka yang bukan dari kalangan kita mengetuai dan merosakkan dunia.

Riba sana sini. Kita ingat islamic banking itu halal namun dalam hati kita ada cebisan yang mengatakan islamic banking itu ada riba yang terselindung.

Ketakutan kita kini beralih kepada takutnya kepada duit. Takut ada duit, takut tiada duit. Hoi manusia! Jangan jadi bacul dengan duit.

Hari ini kita fikir hutang yang ada hanyalah hutang biasa, jadi kita bekerja macam biasa setiap hari untuk membayar hutang itu selama 35 tahun untuk hutang rumah, 9 tahun untuk hutang kereta. Hoi manusia! Jangan ingat hutang itu tiada riba, jangan ingat hutang itu suci bersih!

Kita mengejar untuk kerja selamat tapi kita tidak kejar hidup bebas. Kenapa? Sebab kita bacul, bacul melihat dunia lebih luas, bacul melihat bahawa kita ini ciptaan sempurna.

Yang kita kejar hanya pagi kerja, petang balik, malam tidur. Di manakah 'excitement' kehidupan mengejar erti kehidupan?

Dimana?

Adakah kita mengejar semua itu kerana kit bacul?

Terlalu bacul untuk keluar daripada zon selesa? Terlalu bacul untuk 'embrace' sesuatu yang baru?

Manusia jangan jadi bacul!


No comments: