Sunday, May 10, 2015

Hoi orang yang selesa!

Yang kuat akan menang, yang lemah akan menang.

Tetapi yang sanggup menerima cabaran dan perubahan akan meneruskan hidup sebagai yang berjaya.
Menang atau kalah itu bukanlah pengukur kehidupan namun yang mengukur adalah kejayaan kita melihat dunia ini berbeza daripada orang lain.

Lihatlah lampu di dalam rumah kita, lihatlah komputer riba di atas meja kita, lihatlah telefon pintar di dalam poket kita.

Barangkali jika mereka yang menginovasi semua ini hanya melihat dunia ini sama, iaitu hari ini pukul 8 masuk kerja, pukul 5 balik ke rumah, kemungkinan besar kita tidak dapat menggunakan apa yang ada di rumah kita, di atas meja dan sebagainya.

Kita seringkali melihat mereka mencipta sesuatu yang baru dan teruja contohnya teknologi-teknologi daripada Tesla pada hari ini. Adakah kita pernah dengar nama Elon Musk sebelum ini? Tidak bukan?

Jadi kenapa kita selalu melihat orang lain boleh ke hadapan kenapa bukan kita melihat diri sendiri sebagai salah seorang yang boleh menghasilkan se
suatu yang berbeza?

Evolusi itu akan berlaku. Perubahan akan sentiasa terjadi.

Lihatlah sekarang, pisang goreng keju, aiskrim pasu dan banyak lagi perubahan yang manusia hasilkan.

Itu daripada sudut yang sangat remeh, jadi lihatlah pula pada sistem yang kita gunakan hari ini. Komputer semakin nipis, telefon pintar boleh menjadi medan kepada kita untuk bermesyuarat dan sebagainya.

Jadi kenapa tidak ubah minda ubah apa yang difikirkan?

Rasa selesa dengan apa yang ada tapi tidak gembira?

Ayuh berhenti letakkan batasan terhadap diri sendiri.

Letak keazaman dalam diri, kita adalah kita dan minda kita adalah minda kita.

Bak kata Buzz Lightyear "To infinity..and beyond".

No comments: