Saturday, June 13, 2015

Filem Yang Memberi Inspirasi #1


Gladiator (Swordsman)

Filem yang berlaku pada zaman tamadun Roman, menceritakan Maximus seorang general yang berjaya memenangi perang yang lama berlaku antara Roman dan German.

Setelah perang panjang, apa yang Maximus mahu hanya persaraan dan pulang ke kampungnya untuk bersama keluarganya.

Namun hasrat Maximus terkubur apabila Commodus (anak kepada Aurelius iaitu raja roman ketika itu) telah membunuh ayahnya dan memperoleh takhta sebagai raja Roman, dan mengarahkan supaya Maximus dibunuh kerana risau akan kuasa dan pengaruh serta kesetiaan Maximus kepada Aurelius.

Paling menyayat hati adalah anak dan isteri Maximus juga diarah bunuh dan dibakar. Maximus yang berjaya melarikan diri daripada dibunuh, ketika tiba di kampungnya, hanya mampu meratap di sisi mayat anak dan isterinya yang dibunuh, dibakar dan digantung. Maximus pengsan akibat kecederaan dialami.

Kemudian dia dibawa ke Zucchabar untuk dijadikan Gladiator oleh Proximo untuk pertandingan. Kehandalan, kebijaksaan dan kekuatan Maximus menarik minat Proximo dan membawanya ke Roman untuk bertanding di sana dan Maximus melihat ini sebagai satu peluang untuk ‘claim’ dendam yang disimpan.

Di Roman, Maximus berjaya membunuh Commodus di gelanggang Gladiator di hadapan rakyat Roman dan telah membersihkan namanya dan membalas dendam.

Apa yang aku dapat daripada filem ini adalah, apabila kebebasan/kegembiraan/kebahagiaan kita diragut baru kita mahu melatah, walhal sebelumnya kita sudah Nampak yang sesuatu buruk bakal berlaku.

Sama seperti hari ini, saat dunia makin meruncing, dan kita selesa bekerja begini, kita ditutup mata untuk terima hakikat bahawa kerja yang kita ada ini paling selamat. Kerja malas atau kerja sambil lewa gaji masih masuk hujung bulan. Cuba kalau gaji itu tiba-tiba masuk lambat atau tak masuk. Baru nak melenting? Baru nak cari alternatif?

KWAP, KWSP, Tabung Haji, semua tabung sudah diceroboh dan kita masih rasa selamat?


Fikir-fikirkan.

Friday, June 12, 2015

Wanita Yang Memberi Inspirasi #1

Sambil halwa telinga aku disumbat dengan muzik-muzik oleh Hans Zimmer; Time(Inception), Stay(Interstellar) dan juga muzik dari Filem Oblivion iaitu Infinity Tales kalau tidak silap, dan juga muzik dari Filem Theory of Everything, aku terbaca kisah seorang wanita berasal dari Sabah yang menjelajah tanpa henti. :D

Muzik yang aku dengar kick aku untuk terus mencari erti hidup yang berbeza (bukan hanya sekadar, kerja, bayar bil dan mati), tambah dengan kisah seorang wanita yang mengambil jalan yang berbeza dengan rata-rata manusia di Malaysia ini.

Makin ramai yang mengambil keputusan untuk melihat dunia daripada sudut berbeza, aku cukup kagum, aku cukup yakin bahawa masyarakat di Malaysia sedang berada dalam keadaan transisi yang sangat menarik.

Faktor-faktor yang membuatkan anak muda atau lebih dikenali sebagai Gen-Y ini sangat berbeza dengan Baby Boomer adalah keberadaan sesuatu generasi dalam Era mana. Gen-Y berada di era informasi yang mana, semua di hujung jari termasuk duit. Duit di hujung jari?

Berbalik kepada Hadhinah Fawwazah, wanita ini betul-betul buat aku rasa yang inspirasi itu paling hebat adalah daripada diri sendiri kemudian ditambah dengan manusia sekeliling kemudian ditambah dengan tokoh-tokoh besar.

Rujuk Facebook Hadhinah untuk inspirasi jiwa anda! Hadhinah Fawwazah

Dan baca post The Vocket ini! 10 tempat pelik di USA

Tahniah Hadhinah! Satu lagi jiwa diinspirasi daripada kisah anda.


*Manusia yang berjasa adalah manusia yang menambah nilai dan inspirasi kepada orang lain.

Oh dan jangan lupa follow blog Hannah! Hannah On Earth.


Wednesday, June 10, 2015

Sahabat Yang Memberi Inspirasi #3


“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” - Buya Hamka


Sahabat di Sichuan, China. Mazlan namanya. Juga salah seorang graduan BFSU tajaan KPM. Selesai pengajian di Beijing, pulang ke tanah air sama seperti graduan lain, sama seperti aku.

Bezanya kami dan dia adalah, Januari dia ke China semula, mengharam-jadahkan KPM yang mana dia sepatutnya masuk IPG untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang yang ditaja KPM.

Dia merancang untuk tidak bernaung di bawah KPM sejak berada di bumi China lagi. Muka yang mengharam-jadahkan semua orang, lagaknya seperti seorang abang besar membuatkan aku yakin dia seorang yang mampu hidup di bumi Sichuan keseorangan.

Di Beijing, dia aktif menjalankan tugas-tugas yang kami tidak mampu jalankan seperti ibadah korban di Inner Mongolia malahan sekarang di Lanzhou. Kau kalau tak kagum lagi, aku nak cakap yang Mazlan ni satu-satunya Beijing Graduate Mandarin Speaking Malaysian Malay kat sana menjalankan tugas di syarikat yang mahu melaksanakan Halal-Hub.

Dia akan jadi akar umbi antara Malaysia-China woi! Tak kagum lagi, aku hempuk kepala kau!

Kalau hidup, babi pun hidup. Kalau kerja, kera pun kerja. Mereka lagi rileks sebab tak payah bayar bil, mati nanti syurga itu pasti! 

Proud of you Bro!


Tuesday, May 12, 2015

Kita Manusia Jangan Jadi Bacul

Manusia, kita dicipta untuk menjadi khalifah, menjadi ketua yang tidak merosakkan dunia ini. Kita dicipta untuk takut pada Maha Esa. Dicipta untuk menyampaikan kebaikan, menegah kejahatan.

Hari ini kita Islam bukan khalifah dunia, kita yang merosakkan dunia, lagi teruk kita biarkan mereka yang bukan dari kalangan kita mengetuai dan merosakkan dunia.

Riba sana sini. Kita ingat islamic banking itu halal namun dalam hati kita ada cebisan yang mengatakan islamic banking itu ada riba yang terselindung.

Ketakutan kita kini beralih kepada takutnya kepada duit. Takut ada duit, takut tiada duit. Hoi manusia! Jangan jadi bacul dengan duit.

Hari ini kita fikir hutang yang ada hanyalah hutang biasa, jadi kita bekerja macam biasa setiap hari untuk membayar hutang itu selama 35 tahun untuk hutang rumah, 9 tahun untuk hutang kereta. Hoi manusia! Jangan ingat hutang itu tiada riba, jangan ingat hutang itu suci bersih!

Kita mengejar untuk kerja selamat tapi kita tidak kejar hidup bebas. Kenapa? Sebab kita bacul, bacul melihat dunia lebih luas, bacul melihat bahawa kita ini ciptaan sempurna.

Yang kita kejar hanya pagi kerja, petang balik, malam tidur. Di manakah 'excitement' kehidupan mengejar erti kehidupan?

Dimana?

Adakah kita mengejar semua itu kerana kit bacul?

Terlalu bacul untuk keluar daripada zon selesa? Terlalu bacul untuk 'embrace' sesuatu yang baru?

Manusia jangan jadi bacul!


Sahabat yang Memberi Inspirasi #2

Ahmad.

Di tanah besar 2009, aku diletakkan di bilik 314 bersama seorang senior setahun tapi umur sebaya. Namanya Ahmad Zulhilmi dipanggil Ahmad.

Orangnya pendiam namun cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Dalam pembelajaran, dalam kekemasan diri dan juga dari segi 'perfomance' dia.

Dia menceburi bidang fotografi dan videografi. Dia hanya belajar daripada video-video Youtube. Kesabaran dan kerajinan dia terhadap minatnya membuahkan hasil. Foto yang diambil sangat-sangat superb dan video-video menjadi short film yang sangat berkualiti.

Tahun 2014 aku dan isteri diposting ke KPMBP, tempat yang sama dia berkhidmat. Di tanah besar kami sebilik selama 4 tahun dan di KPMBP kami di sini hampir 2 tahun.

Selama dia di sini, kesusahan yang dialami menyebabkan dia sangat bersemangat untuk keluar lebih awal daripada MARA dan dia berjaya lakukan Mac lalu. Hasil pembelajaran saham, FCPO, hartanah maya dan banyak lagi membuahkan hasil yang sangat banyak.

Surat perletakan jawatan dihantarnya dan dia tinggalkan tempat ini dengan memberi harapan kepada kami dan membuka mata kami dengan lebih luas.

Tahniah Ahmad. One step closer!


Monday, May 11, 2015

Sahabat Yang Memberi Inspirasi

Apih.

Itu panggilan yang diberikan sejak 2003 lagi. Kami berkenalan di SMKDI, sekolah keramat yang memberi aku macam-macam rasa. Pahit manis semua ada.

Tahun ini 2015, aku dan dia berkawan selama 12 tahun. Ada ketika kami tidak berhubung, ada ketika kami pernah bergaduh, ada ketika kami berhubung bercerita mengenai hidup.

2009 aku terbang ke tanah besar. Katanya aku dan Shariff memberi motivasi kepadanya untuk terbang juga walaupun bukan sebagai seorang pelajar seperti kami.

Katanya, dia ingin kenal dunia.

Hari ini, tatkala jari ini mengetik papan kekunci bercerita mengenai dia, dia di tanah besar Kangaroo bekerja, mencari erti hidup.

Sudah setahun lebih Apih di sana, pengalaman demi pengalaman dicicah celup dan rasa. Tidur di stesen bas pada musim sejuk, duit makan minum yang tidak mencukupi, bekerja sehingga kulit masak, bekerja pada waktu malam di kilang. Oh pengalaman yang ramai tidak mahu merasa.

Aku pula di sini, bekerja di bawah angin bayu penghawa dingin memikirkan apa rasional seorang manusia seperti dia di sana yang mungkin akan dihambat oleh kerajaan sana, mungkin diterkam masuk penjara.

Rasional? Hidup hanya sekali!

Tahniah Apih, bagi aku mu berjaya, bagi aku mu hebat.

Manusia jangan jadi bacul!



Manusia yang Merdeka

Badrul Hisham, Lepat, Fazreen, Abang Mut, dan ramai lagi. Kebelakangan ini, pulang dari tanah besar aku mula mengenali insan-insan ini. 

Insan-insan yang aku rasa mindanya merdeka, kemahuannya tiada batas. 

Badrul Hisham berbasikal dari kota London pulang ke Tanah air. 11,000 kilometer. 

Lepat yang kecewa dengan manusia, akhirnya kembali kepada Yang Esa setelah kehilangan anaknya. 

Fazreen sebagai pelopor THEVOCKET di bawah ABS HOLDINGS menjadi jutawan pada usia 25 tahun. 

Abang Mut dengan rumah penerbitan Angkuh dan Liar, DUBOOK membuka mata beribu manusia dengan penulisan radikalnya. 

Belum lagi bercerita mengenai Abang Shahrul yang punyai pendapatan 50million USD sebulan. Puan Ainon dan suami, Tuan Hir dan isteri, Puan Ungku dan ramai lagi yang saya kenali. 

Mereka berjaya dari segi cara fikir, mereka berjaya dari segi pengabdian diri mereka terhadap impian dan cita-cita mereka. 

Buka mata anda, lihatlah dunia ini dengan lebih luas.


Sunday, May 10, 2015

Halangan dan Sokongan yang Anda Sentiasa Tertanya-tanya

Hidup kita ibarat Candlestick.

Ada naik, ada turun malah ada yang pilih untuk tidak naik dan tidak turun. Kaku, kalau tengok candlestick tu sideway saja!

Naik dan turunlah sebagaimana nadi kita berdegup. Halangan yang ada kita perlu pecahkan, sokongan yang ada jaga baik-baik, jangan pecahkan.

Yang naik memang akan turun, dan yang turun pasti akan naik.

Naik bukan laju memancar tapi kenaikan itu akan memerlukan"pullback" atau "correction".

Sama juga dengan yang turun, turunnya sesuatu bukan menjunam tetapi boleh jadi menjunam juga.

Dalam hidup kita, naik turun itu perkara luar biasa bagi yang hanya mahukan kehidupan yang selesa di awal hari mengharap kehidupan di akhir hari selesa juga. Kita tergolong dalam manusia yang terperangkap dalam golongan yang sanggup korbankan impian semata-mata untuk selesa.

Kenapa begitu?

Bagi penulis, ini adalah kerana kita sudah dibasuh, disental dari segi minda kita untuk bekerja dengan selamat, tunggu akhir bulan cucuk kad bank dan sebagainya.

Nampak selesa bukan? Tapi ada juga hati-hati yang meronta-ronta mahukan lebih. Hati sentiasa persoalkan diri sendiri; adakah ini sahaja hidupku untuk?

Tolonglah diri anda, capailah impian anda!


Hoi orang yang selesa!

Yang kuat akan menang, yang lemah akan menang.

Tetapi yang sanggup menerima cabaran dan perubahan akan meneruskan hidup sebagai yang berjaya.
Menang atau kalah itu bukanlah pengukur kehidupan namun yang mengukur adalah kejayaan kita melihat dunia ini berbeza daripada orang lain.

Lihatlah lampu di dalam rumah kita, lihatlah komputer riba di atas meja kita, lihatlah telefon pintar di dalam poket kita.

Barangkali jika mereka yang menginovasi semua ini hanya melihat dunia ini sama, iaitu hari ini pukul 8 masuk kerja, pukul 5 balik ke rumah, kemungkinan besar kita tidak dapat menggunakan apa yang ada di rumah kita, di atas meja dan sebagainya.

Kita seringkali melihat mereka mencipta sesuatu yang baru dan teruja contohnya teknologi-teknologi daripada Tesla pada hari ini. Adakah kita pernah dengar nama Elon Musk sebelum ini? Tidak bukan?

Jadi kenapa kita selalu melihat orang lain boleh ke hadapan kenapa bukan kita melihat diri sendiri sebagai salah seorang yang boleh menghasilkan se
suatu yang berbeza?

Evolusi itu akan berlaku. Perubahan akan sentiasa terjadi.

Lihatlah sekarang, pisang goreng keju, aiskrim pasu dan banyak lagi perubahan yang manusia hasilkan.

Itu daripada sudut yang sangat remeh, jadi lihatlah pula pada sistem yang kita gunakan hari ini. Komputer semakin nipis, telefon pintar boleh menjadi medan kepada kita untuk bermesyuarat dan sebagainya.

Jadi kenapa tidak ubah minda ubah apa yang difikirkan?

Rasa selesa dengan apa yang ada tapi tidak gembira?

Ayuh berhenti letakkan batasan terhadap diri sendiri.

Letak keazaman dalam diri, kita adalah kita dan minda kita adalah minda kita.

Bak kata Buzz Lightyear "To infinity..and beyond".

Saturday, January 31, 2015

Masa

Tadika = 1 tahun

Dari darjah 1 hingga darjah 6 = 6 tahun

Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 = 5 tahun

Dari Asasi hingga graduasi = 6 tahun



Tambah tolak, lebih kurang jumlah 18 tahun. 18 tahun berada dalam institusi pengajian, bagi yang baru sahaja berumur 25 tahun, hanya 7 tahun waktu yang diperuntukkan di rumah.

Habis universiti, kerja pula dicari, meninggalkan rumah kembali. Kita tidak dididik di rumah, kita dididik di pusat pengajian.

Sedang waktu bekerja, kita akan bekerja sehabis baik untuk mengumpul dana-dana untuk masa hadapan, dana perkahwinan, dana anak, dana percutian dan tidak lupa dana untuk menyara ibu bapa.

Jika kerja berjauhan daripada keluarga, alamatnya tunggu cuti raya baru berjumpa (setahun sekali).

Jadi dimanakah ruang masa untuk anak-anak bersama ibu bapa, dan ruang masa ibu bapa mengenali peribadi anak-anak mereka?

Masa yang dihabiskan untuk semua itu, adakah kita meraikannya? Atau sentiasa ada keluhan di bibir tatkala kepenatan, kerisauan?

"Tak kerja tak dapat makan lah bro"

Kita bekerja untuk hidup atau hidup untuk bekerja?