Saturday, July 5, 2014

2014

Tilik punya tilik. 

Setahun setengah jugak blog ni dok kat sini. Post terakhir masih lagi bergelar pelajar. Sekarang tidak lagi.

Kebarangkalian lapor diri untuk mula bertugas di Kolej Profesional Mara adalah tidak kurang daripada dua bulan lagi bermaksud kesibukan akan kembali memenuhi rangkaian waktu seharian.

Sekarang ramadhan, sudah 8hb. Seminggu sudah ramadhan. Julai juga sudah 5hb.

Hari pertama jejak kaki di Malaysia sebagai bukan belajar sudah menimbulkan kegelisahan dalam diri memikirkan tentang masa depan, tentang diri sendiri, tentang keluarga, tentang apa yang nak dicapai.

Cuak cuak jugak tapi benda kena hadapi. "Sekali kita tapakkan kaki, kita akan teruskan. Berhenti menoleh."

Moga urusan kita semua sentiasa dipermudah.

*Praktikal di Beijing*

1 comment:

ikhwan yahaya said...

inshaa Allah segalanya berjalan lancar