Sunday, February 17, 2013

Bukan cinta biasa (edisi terhad)

Tap tap tap. Langkah berat diambil. 'Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama', salah satu kata-kata bijak pandai orang Cina yang terkenal dalam kalangan tiap orang yang mahu mula melakukan sesuatu, tambahan jika sesuatu itu merupakan impian, cita-cita. Yang dibekalkan ialah bahan-bahan asas seperti usaha, kekuatan dan doa.

Tiap manusia, tidak kira sama ada beliau itu pemimpin, beliau itu pencuri, beliau itu penjawat awam, mereka semua dilahirkan dengan membawa takdir yang sudah ditulis, baik atau sengsara masing-masing tidak mengetahui. Lahirnya kita, kita hanya diberi kekuatan untuk bernafas dan menangis.

Berlalu beberapa tahun, kaki yang kuat itu mula kita tapakkan, kita mula belajar berjalan setelah kita puas menggunakan lutut dan tangan untuk merangkak. Itulah proses pembelajaran yang sangat-sangat berharga. 3 4 tahun kita sudah menjadi kental setelah jatuh berkali-kali, kita kemudian berlari. Kita manusia hebat, kita makhluk sebaik-baik ciptaan.

Toleh ke belakang, kita kira, kira agak, kita anggar, berapa banyak halangan dan rintangan yang kita dikeluarkan, dibantu agar kita mampu berpijak teguh sepertimana setelah kita belajar berdiri dan berjalan dahulu. Berapa banyak nikmat keluar daripada kesusahan, nikmat menghadapi kesenangan yang kita dapat?

Resah, gelisah, peluh, air mata, untuk apa semua itu jika bukan untuk apa yang kita kehendaki. Untuk apa yang kita hilang. Untuk apa yang kita merasa saat-saat manis.

Tiap manusia berusaha, jangan kita sesekali menghakimi mereka tidak pernah usaha. Masakan, usaha mereka melebihi kita. Kita tidak dijadikan bodoh, namun kita dikurnia tahap pemikiran, tahap kepandaian yang berbeza.

Untuk apa semua ini jika bukan untuk mengabdikan diri kepada sesuatu? Pangkat? Harta? Pasangan? Jika ini yang dikejar, yang dikejar akan kita dapat, tapi apabila semua ini kita kejar untuk sesuatu yang maha besar darjatnya, iaitu cinta Yang Satu. Pasti! Pasti kita akan dapat merasa kemanisan yang kita impikan, kemanisan yang kita harapkan. Kemanisan itu, jika kita yakin ia selamanya, maka kejarlah kemanisan cinta Allah.




Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)

Sunday, February 3, 2013

Febuari

Assalamualaikum.

Salji turun lagi memutihkan kota ini.
Memutihkan lantai yang berdebu.
Memutihkan ranting dahan yang kekeringan tanpa daun.
Memutihkan tunggangan yang tidak bertuan.

Febuari datang lagi, meninggalkan Januari.
Cebisan cuti yang ada, cuba dipenuhi dengan sesuatu.
Sesuatu yang membawa manfaat.

Mereka nun di sana, sentiasa dalam ingatan.
Ada berita gembira, ada sebaliknya.
Namun segala jadi sentiasa yang terbaik.
Kita punya rasa kita sendiri hadam.