Wednesday, February 8, 2012

1 + 1


Salamualaik.

Semenjak dua menjak ni, Beijing sejuk ditimpa angin musim. Suhu masih tidak berganjak untuk meningkat namun mentari tidak pernah putus menyinari.

Kesejukan kami kali ini bukan sahaja di kampus tetapi di daerah yang berlainan, daerah sebelah timur. Kami menempatkan diri selama 5 hari 4 malam buat pertama kali dan kali ke dua selama 6 hari 5 malam.


Penempatan merupakan salah sebuah kondominium seorang pegawai di Kedutaan Malaysia di Beijing bersama suaminya; Kak Anna dan Abang Z.

Ramahnya mereka seperti abang dan kakak sendiri. Mesranya mereka seperti kawan baik sendiri.

Kami di sana menginap dan menganggap bahawa cuti kali ini merupakan cuti yang agak bermakna di sini kerana di sana kami memperoleh lebih banyak ilmu yang berguna untuk dibekalkan di masa hadapan.

Di sana, kami peroleh juga cara dan bagaimana untuk memastikan hubungan antara sesama manusia boleh diikat kemas dan ketat.



Kami di sana merupakan chef jemputan, menu tiap hari berlainan, malah kami berjaya dengan kek coklat, kek vanila dan puding roti (siap bwk g kedutaan utk majlis maulid)

Solana menjadi singgahsana, yang mana di sana lah ada kedai roti, pusat beli belah, panggung wayang dan sebagainya.

Pada khamis lepas juga kami ke Nanshan Ski Village untuk berski. :)



Terima kasih buat Kak Anna dan Abang Z.

15 comments:

syira syah said...

yaww best nye beijing.

Miszyuyu said...

syoknyerrrrrr

UnPerFecT PeRsoN.. said...

waaa...bestnye....syiok tu....^_^..terbaikkk der....

Fauzan Ghazi said...

moh pakat rami2 dtg sni. :)

nur said...

Anim nampak donut yang yum3.. :D

Anonymous said...

Anim. tu kek la. hehe.

Ezzatty Amani said...

^_^. . .

Serunai said...

Salam ziarah..terima kasih atas kunjungan saudara

Fisha Adura said...

wahh.. bestny..jeles tol.hehe.. sudah follow kamu. jemput baca entry kat blog sy ok.

Cempaka Kuning said...

Bestnya Beijing.Saya follow ye.

fatin nabillah :) said...

Mmg senang laa pegi mna pon pandai masak , tkpyh susah-2 buang duit nk pegi kedai mkn . Hihi .

anamizu kaito said...

salam kenal..


wahhhhh kat beijing ea?? owhhh sejuk plus bestnye!!!

siap makan2 smue!! uwaaaaaa bestnye!!
oppss TERover eksaited pulak =P







slm kenal,
cik ana

Fauzan Ghazi said...

Salam kenal semua. Thanks follow insyaallah ada masa entry2 kawan2 akan dibaca jika diizinkan. :)

Beijing ngah winter. kering dan sejuk climate. huhu.

so, ble sjuk, hibernate, ble hibernate, makn makan mkan. hehe

deqla manjew said...

wow! bestnye dok beijing!!

P#eoniX said...

jom join...http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2012/02/kawanrakansahabat-sekalianentry-untuk.html