Friday, January 27, 2012

Semangat

Salamualaik. Semalam tak tahu macam mana, tiba-tiba sahaja diselongkar kembali laci, diselongkar kembali rak keluarkan Diana F+ dan perkakas.

Diana jadi tatapan, 6 gulung filem di genggaman. Dalam hati 'tak boleh jadi, kena kembali' (cakap dalam hati macam otai padahal noob sahaja).

Laman Lomokids pada facebook dilayari dan soalan diajukan. Tak terfikir yang otai-otai akan jawab. Dan jawapan yang mereka bagi memang boleh bangkitkan kembali semangat beranalog.

Jadi, ada beberapa tips untuk bagi yang hilang semangat dalam dunia fotografi. Tak kira analog atau digital.

1. Jangan malu untuk beramah mesra dengan penggiat dalam bidang sama.
2. Sentiasa cari inspirasi/tema baru bagi menghasilkan sesuatu yang baru.
3. Kena sentiasa layari laman Flickr, Lomography, apa saja yang berkaitan.
4. Perlu Istiqamah (bahagian paling penting)
5. Belajar melalui internet menjimatkan seperti melalui youtube dan forum.
6. Sesuaikan diri dengan gaya hidup Analog.
7. Paling penting, paling perlu, niat kena betul.

Jika kita mengejar dunia nescaya akhirat akan pergi jauh dari kita, maka kejarlah akhirat nescaya pasti dunia mengejar kita.

Jadi, tak kira lah apa yang kita lakukan, buatlah sesuatu itu demi akhirat. Contoh, melalui analog, boleh berdakwah, melalui analog, boleh tunjukkan indahnya islam.

Analogger serta semua, semoga kita semua di jalan yang diredhai. :)

*Sebahagian nasihat otai*

6 comments:

ilovekampungku said...

saya dah lama x bukak flick saye...say pon beminat dlm fotografi ni...tapi x serius sb ade komitmen lain...

Fauzan Ghazi said...

'analog is for fun, digital is for happiness'. hehe.

tp xpe je. fotografi ni, kalau kte tahu cmne nak salurkan, boleh bwk kite smpai akhirat. :)

QaRr JaliL said...

suka photography but..more on designing..

kalau nak photography kne ade alat die..tak mampu .. :)

nice blog bro :)

hajarnordin said...

wah..tahu mandarin. ni hao ma?eh haha. aq minat fotografi gak. tapi senyap2. simpan kat tumblr rahsia :)

Serunai said...
This comment has been removed by the author.
Serunai said...

Hebat! itu sahaja yang termampu dikongsi. Teruja dgn penggiat seni foto seperti saudara. :) hasilkan dan lahirkan hasil anda. Amat ingin menyaksi dgn mata sendiri.