Wednesday, October 26, 2011



Ini kisah didikan. Ini kisah pengajaran.

Kita seringkali mahu mengajar, mendidik serta merancang yang terbaik untuk yang baru kenal apa itu erti jatuh apa erti sakit apa erti bahagia.

Kita juga tidak pernah terlupa melihat segala kebaikan mahupun keburukan yang datang, namun kita selalu terlepas pandang.

Yang kecil, yang remeh, itulah yang akan dipandang lekeh.

Namun itulah yang akan mempengaruhi si kecil yang bakal membesar.

Si kecil salah, yang besar cuba betulkan kesalahan namun hanya setengah pihak saja yang sanggup untuk berdepan dengan perihal yang dinamakan 'kebenaran'.

Cuba buka mata dan alami apa yang dirasai, nescaya sendiri akan faham dan akan bertindak sepertimana mereka.

Pepatah inggeris ada menyatakan 'take a walk in my shoes'.

Ini menjelaskan bahawa perlunya kita cuba berada di tempat mereka dan rasakan apa sebenarnya berlaku.

P/S: Moga bertambah baik kita semua. :)

No comments: