Friday, October 28, 2011

Menilai dan Dinilai





Tidakkah kita semua pernah cermin diri sendiri dan bertanya apakah kelemahan diri sendiri?

Kita semua tidak sempurna dan tidak setiap hari, setiap perkara akan menjadi engikut apa yang dirancang.

'Kita merancang, Allah menentukan'

Jadi apa yang ingin dirungkaikan hanyalah secebis dari pemahaman sendiri.

Setiap orang cuba sehabis baik dalam melaksanakan sesuatu kerja, penat lelah tiap orang, kita tidak tahu, namun jika dilihat pada cara mereka mungkin kita sendiri boleh rungkaikan.

Banyak berterima kasih dan banyak bersabar. Dalam erti kata lain, redha yang dicari, kesyukuran yang diperlukan.

Wednesday, October 26, 2011



Ini kisah didikan. Ini kisah pengajaran.

Kita seringkali mahu mengajar, mendidik serta merancang yang terbaik untuk yang baru kenal apa itu erti jatuh apa erti sakit apa erti bahagia.

Kita juga tidak pernah terlupa melihat segala kebaikan mahupun keburukan yang datang, namun kita selalu terlepas pandang.

Yang kecil, yang remeh, itulah yang akan dipandang lekeh.

Namun itulah yang akan mempengaruhi si kecil yang bakal membesar.

Si kecil salah, yang besar cuba betulkan kesalahan namun hanya setengah pihak saja yang sanggup untuk berdepan dengan perihal yang dinamakan 'kebenaran'.

Cuba buka mata dan alami apa yang dirasai, nescaya sendiri akan faham dan akan bertindak sepertimana mereka.

Pepatah inggeris ada menyatakan 'take a walk in my shoes'.

Ini menjelaskan bahawa perlunya kita cuba berada di tempat mereka dan rasakan apa sebenarnya berlaku.

P/S: Moga bertambah baik kita semua. :)