Sunday, August 7, 2011

Ramadhan


Salam Ramadhan. Apabila papan kekunci mula disentuh, ditekan maka bergegarlah segala sawang-sawang labah-labah, maka beredarlah nyamuk-nyamuk ke tempat yang lebih gelap. Sudah lama tidak mengetip papan kekunci menulis di alam maya ini.

Sekarang lokasi Fauzan Ghazi ialah di Kota Bharu Bandar-Raya Islam, kerajaan negeri diterajui oleh parti pembangkang yakni Parti Islam Semalaysia (PAS).


(Stairway To Love Cafe)


Tempoh masa bertapak di Malaysia ialah selama 3 minggu lebih kurang akan datang. Sesudah Ramadhan, tibalah Syawal dan pada Syawal ke 3 akan ke KLIA dan Syawal ke 4 akan pulang ke Kota Bersejarah Beijing, China.

Ramadhan kali ini agak memenatkan kerana di sebelah timur, panasnya melebihi panas di sebelah selatan serta barat, maka waktu mentari memancarkan cahaya dan haba ke dunia, geringnya bukan kepalang, laparnya bukan bersahaja.

Itulah ujian pada Ramadhan kali ini dan ibadah puasa diharap agar diterima Allah. :)

No comments: