Sunday, August 21, 2011

Luar



Kau hanya igauan,
Selitan yang tidak dihirau,
Namun tetap wujud,
Kerana kau diperlukan.



Aneh namun itulah kau,
Mengatasi segala muslihat,
Mentadbir yang terlibat,
Merasuk apa yang perlu.







Baiduri permata nilam,
Itu semua kehendak kau,
Papa tidak pernah dihirau,
Kerana papa tidak pernah mewujudkan kemanisan.





(Vans-ing in Chengde)

Pekertimu kasar,
Ideologimu murni,
Luaranmu kotor,
Apa itu suci lagi buatmu?



Makan dirimu,
Telan diri yang lain,
Parasitasi itulah kamu,
Maka hos itu juga adalah kamu.

No comments: