Sunday, August 21, 2011

7 5 1



18 Ogos 2011, maka berlangsunglah sesuatu yang dirancang hanya 2 minggu oleh Fauzan Ghazi dan Encik Sekin.


(Lazzez Cafe, Raudhah Hotel)

Reunion pelajar SMKATB 0307. 66 orang menghadirkan diri dijemput serta 4 orang guru/ustaz.

Bertempat di Hotel Raudhah, majlis berbuka puasa Alhamdulillah berjalan dengan baik.

Tarawikh dilaksanakan berimamkan Faris Alwi (Imam Turbo).

Acara Colek juga tentatif berharga yang mana 'Lara's time' juga diadakan.

(Lara's Time)

Pendek kata, ini merupakan program yang berkesan dalam mengeratkan ukhwah kami semua.

Peace. :)

Luar



Kau hanya igauan,
Selitan yang tidak dihirau,
Namun tetap wujud,
Kerana kau diperlukan.



Aneh namun itulah kau,
Mengatasi segala muslihat,
Mentadbir yang terlibat,
Merasuk apa yang perlu.







Baiduri permata nilam,
Itu semua kehendak kau,
Papa tidak pernah dihirau,
Kerana papa tidak pernah mewujudkan kemanisan.





(Vans-ing in Chengde)

Pekertimu kasar,
Ideologimu murni,
Luaranmu kotor,
Apa itu suci lagi buatmu?



Makan dirimu,
Telan diri yang lain,
Parasitasi itulah kamu,
Maka hos itu juga adalah kamu.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan


Salam Ramadhan. Apabila papan kekunci mula disentuh, ditekan maka bergegarlah segala sawang-sawang labah-labah, maka beredarlah nyamuk-nyamuk ke tempat yang lebih gelap. Sudah lama tidak mengetip papan kekunci menulis di alam maya ini.

Sekarang lokasi Fauzan Ghazi ialah di Kota Bharu Bandar-Raya Islam, kerajaan negeri diterajui oleh parti pembangkang yakni Parti Islam Semalaysia (PAS).


(Stairway To Love Cafe)


Tempoh masa bertapak di Malaysia ialah selama 3 minggu lebih kurang akan datang. Sesudah Ramadhan, tibalah Syawal dan pada Syawal ke 3 akan ke KLIA dan Syawal ke 4 akan pulang ke Kota Bersejarah Beijing, China.

Ramadhan kali ini agak memenatkan kerana di sebelah timur, panasnya melebihi panas di sebelah selatan serta barat, maka waktu mentari memancarkan cahaya dan haba ke dunia, geringnya bukan kepalang, laparnya bukan bersahaja.

Itulah ujian pada Ramadhan kali ini dan ibadah puasa diharap agar diterima Allah. :)