Thursday, April 28, 2011

Longlai


Keluh,
Menapak kekeruan,
Meniti pinggiran.

Resah,
Menepis prasangka,
Melebur kebencian.

Kemaruk kebahagiaan,
Paluan berdetik,
Rembesan jatuh.



Merangkak jauh,
Namun hanya di hujung mata.

Sunday, April 3, 2011

Di Sini

Kekuatan, dikumpul.
Naluri, disesatkan.
Minda, diperalat.

Keinginan dan kebenaran.
Ternyata keinginan tidak pernah membantah.
Kebenaran senantiasa mendeklamasi sajak kaliber nya.

Jatuh bangun.
Jatuh tersungkur.
Berbeza namun masing ada hikmahnya.

Bukan merungut, dan juga bukan mengata.
Hanya menurut perintah.
Namun merana.

Di sini, di sini.
dan masih di sini.