Friday, February 25, 2011

KB - KL - BJ

Hari ini 24 Februari 2011. Lebih kurang jam 1130 nanti saya akan pergi, berlalu meninggalkan kota keriangan ini, Kota Bharu, kota kebahagiaan, rumah impian, dan teratak yang indah ini.

Hati ini sayu namun harus gagah. Gagah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Hamba Allah yang wajib untuk menuntut ilmu, serta sebagai seorang anak yang patuh dalam menuntut ilmu demi menjamin periuk nasi akan datang.

Abah, Ma, Long dan keluarga, Na dan suami, Ahmad dan isteri (tak jumpa balik ni), Ayeh serta Adik. Mereka ahli keluarga saya. Mereka nadi saya. Saya sayangkan mereka.

Gusar. Gusar akan merindui mereka terutama Abah dan Ma. Abah dan Ma, sila jaga diri. Makan kena cukup, Kesihatan kena pantau, Keselamatan minta berjaga.

Allah ada bersama kita semua. Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Haji Mohd Ghazi Ismail dan Hajjah Azimah Muhamad.

Sekeliling pula ada pakcik, ada sepupu, dan semua. Terima kasih kerana menjaga hubungan kita semua.

Salam Sayang buat semua dan ingatlah pesan Rasulullah agar kita senantiasa dalam Taqwa-NYA.


'Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.
(Malik,t.th :502) '

Beijing, nantikan saya bersama teman baru (Harinezumi 2+++) dan teman lama (Diana F+)