Monday, February 14, 2011

Berangkat

Jam 8, Adik check in untuk ke Kuala Lumpur dan esok akan ke Sarawak. Mungkin inilah trip kali pertama dia tanpa keluarga dan rakan sekolah (lawatan) dan 2 minggu diambil dalam melaksanakan apa yang dirancang.

Sepi terasa. Sunyi merensa minda.

Sebelum zohor tadi terlelap sementara dan bermimpi. Mainan syaitan barangkali, semua mimpi agak menakutkan. Diminta jauh dari semua tu Ya Allah.

Makan tengah hari bersama Abah, sayu juga hati apabila hanya berdua. Selama ini adik ada sahaja menemani. Rindu padanya.

Jam 5, Abe Yie dan Hanis keluar untuk menjemput Long dan akan terus bermalam di Kandis memandangkan esok cuti Maulidur Rasul.

Hanya deruan kereta didengari serta suara dari televisyen membingit telinga. Mendengus panjang, bermonolog, jika semalam kami sekeluarga dihimpunkan untuk keraian, namun hari ini dipisahkan, maka tidak mustahil kita akan keseorangan nanti.

Ia benar dan akan berlaku. Kita akan bersendirian nanti, di alam barzakh, di alam akan datang. Hanya kita mampu untuk menangani seksanya itupun jika amalan kita cukup untuk menangkis segala azab di sana nanti.

Beberapa hari ini, hati tidaklah sebegitu ceria dan takut yang dirasai. Barangkali merasa tidak lagi selamat kerana kes ragut hari itu. Masakan ia membuatkan diri ini lebih berjaga-jaga. Namun, hati tidak tenang.

Mungkin diri ini lupa, lupa pada Pencipta. Kurangnya mengingati namaNYA, kurang membaca kitab Al-Quran.

Diri ini alpa. Diri ini perlukan kemajuan, Kemajuan Iman.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan ke arah MU. Ameen.

Salam Maulidur Rasul. Ikutilah akhlak Rasulullah, kerana akhlak Beliau itu Al-Quran, datangnya daripada Allah S.W.T.

3 comments:

.::TIEYTA::. said...

saya dah faham sekarang

Bahida Abdullah Rasheeqa said...

saya pula tidak

cha'a said...

hubungan keluarga kamu sgt rpt.. sorng tiada, dh mula trse..