Saturday, December 18, 2010

Kesan Sampingan : Tidak Diketahui

Salam dan selamat sejahtera.

Demam, batuk dan selsema. 3 dalam 1. Mereka bersahabat baik. Mereka bertungkus-lumus melumpuhkan pergerakan seharian. Ini namanya ujian.

Ujian untuk mematikan dosa-dosa yang dilakukan, yang penting perlu melaluinya dengan sabar dan perlu bertabah.

Kesihatan yang dianugerahkan merupakan satu nikmat daripadaNYA yang kita perlu jaga dan perlu sentiasa disihatkan.

'Setiap penyakit ada penawarnya'

Jadi, sila bersabar bagi yang menghadapi segala bagai penyakit kerana tiap-tiap nya ada hikmah.


p/s : elakkan minum segala minuman yang mengadungi kafein kerana ia boleh menyebabkan badan dehydrate terutama buat orang selsema, demam, batuk. (Kesilapan besar hari ni!)

5 comments: