Tuesday, December 7, 2010

Hari Baru, Bulan Baru, Tahun Baru, Semangat Baru

Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat.

Hari ini 1 Muharam 1432H. Semakin mata ini dikelipkan, semakin nombor pada tarikh akan bertambah dan itu menunjukkan bahawa masa itu pantas berlalu. Ingatkah kita pada surah di bawah?

Surah 103
Al-'Asr (Time)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
Time is witness that, surely, mankind suffers loss,
except for those of faith,
Who do good, and become a model of truthful living,
and together practice patience and constancy.

Translated by Kabir Helminski


Dalam surah ini mengingatkan bahawa ruginya kita dalam menguruskan masa melainkan jika kita bertaqwa pada nya.

Jadi, sama-samalah kita pupuk semangat baru, pinta dari ALLAH ketaqwaan dan keredhaan hidup agar ia tidak disia-disiakan sebagaimana kaum-kaum terdahulu.

Sekarang merupakan musim peperiksaan, musim result, jadi semestinya ada yang sedang down, ada yang bermuram.

Usah khuatir, usah bersedih, banyakkan berdoa untuk cabaran akan datang, tingkat usaha dan selamat maju jaya buat semua kawan-kawan yang berada di seluruh universiti di Malaysia terutama di UIAM, di setiap pelusuk dunia dan juga buat adik tersayang, Farahanim Najwa yang sedang menduduki SPM 2010.

Selamat berjaya!

2 comments:

afifahramli said...

slm tahun baru :)

cha'a said...

salam maal hijrah~~ kamu kt sne pn berkorban jgk. and all the best to ur sister~~