Sunday, November 21, 2010

Reset

Tipulah kalau tak sedih, tak rindu, tak rasa. Hati itu jujur kalau masih mampu bersedih, masih mampu terluka, masih mampu merasa.

Baru sahaja menjenguk, baru sahaja mengenang. Apabila hati mula penat, seluruh badan mahukan rehat. Tidur menjadi pengubat. Bukan kerana kesejukan musim dingin namun kerana hati yang dingin.



Wujudnya butang 'reset', mahu sahaja ditekan, mengubah segala yang mampu. Namun butang itu tidak akan pernah wujud.

Yang ada hanya masa depan; sebentar lagi, malam nanti, esok lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan seterusnya.

Seterusnya itu lah yang seharusnya digenggam setelah yang lampau berlalu tanpa digenggam, majulah setapak demi setapak tapi jangan sesekali fikir untuk ke belakang semula.

Kita tiada hak untuk kembali ke sana, apa yang ada hanya di sini dan realiti.

No comments: