Saturday, November 20, 2010

Jalan

Berjalan dan berjalan dan berjalan. Terserempak beberapa deretan buah rumah. Tiap pintu rumah ditampal padanya perkataan.

Rumah pertama 'Selamat datang'.

Rumah kedua 'Masuklah!'

Rumah ketiga 'Di sini tempat anda'.

Rumah keempat 'Pasti di sini jika bukan di tempat lain'.

Semua berbeza corak ajakan, berbeza cara dan intonasi namun ada satu persamaan, 'pintu ini dibuka untuk anda, jika berkemampuan, masuklah'.

Setiap pintu atau secara diperinciikan, cabang hidup yang wujud untuk kita lalui sangat banyak cuma terpulang pada diri sendiri untuk memilih.

Jalan yang dipilih banyak ranjau. Melepasi ranjau, kita akan menemui ganjaran kita. Terpulang pada diri sendiri juga mahu wujudkan banyak ranjau atau tidak, namun yang pasti bijaklah dalam menempuhi ranjau.

Asal ingat tanggungjawab sendiri sudah cukup untuk bahagia.

3 comments:

iszieylyanziy said...

so,,jalan yang dipilih mestilah dilalui,,,so,,tabah meniti titian fatamorgana

Fauzan said...

hijjaz - fatamorgana.

'Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia'

tkah said...

^_^ kamo kuat!!