Thursday, September 2, 2010

Haha

Ok, mahu tergelak. Pos sebelum dibaca dan terlintas di benak, 'cam bongok je English aku'. Herm. Entah bagaimana mahu mempertingkat kualiti komunikasi. Sama ada secara bertulis mahupun lisan.

Loghat Kelate boleh la lulus. Cakap luar pun lulus la jugak kot. Bila part English dan Mandarin, hampeh. Sedangkan 2 bahasa itu sedang dipelajari dan patut dimahiri.

Apabila bercakap pasal bahasa, Alhamdulillah bersyukur sebab masih fasih menulis serta bercakap menggunakan bahasa Malaysia serta loghat yang mana membuatkan diri ini tidak mudah lupa diri.

Tidak seperti sesetengah pelajar lain, sahkan nak cakap loghat tempat asal, bahasa Malaysia pun tergagap-gagap. Mengecewakan.

Terfikir lagi tentang mereka-mereka yang ada juga sudah tidak mahu pulang ke kampung, ke negeri asal, ke negara asal. Difikirkan, Kuala Lumpur serta luar negara.

Kenapa? Pada pendapat saya, mereka berfikiran sebegini ; jika mahu maju, harus menetap di lokasi yang memajukan yang mana ia tidak termasuk kawasan perkampungan.

Aneh kerana anak kampung tidak mahu berusaha untuk memajukan kampung supaya termasuk dalam lokasi yang memajukan dan membantu penduduk lain supaya turut maju bersama.

Ini pendapat saya sahaja, tiada sebarang banci tiada sebarang wawancara. Hanya mahu menaip dan menaip.

No comments: