Monday, September 6, 2010

Cita-cita

Haih~

Sebelum menaip pos ini pun sudah mula mengeluh panjang. Temptation. Itu sangat membahayakan. Namun sesetengah memberi inspirasi.

Inspirasi. Ia datang dan ia pergi. Sebaiknya semasa ia datang, lekas-lekas lah sangkarkan ia, jadikan inspirasi itu sebagai cita-cita.

Sebaliknya, jika ia sudah terlepas. Tidak mengapa, Allah Maha Adil. Inspirasi itu daripada Dia dan Dia akan terus memberi kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Cita-cita. Polis? Doktor? Jurutera? Semua itu kadang-kadang menjadikan kanak-kanak yang bertungkus lumus mengejar keabadian hidup sebagai seorang doktor, polis dan lain-lain.

Namun hidup tidak semudah itu, hidup tidak semudah; sekolah rendah -->> sekolah menengah -->> Pusat Asasi, Pusat Matrikulasi, Diploma -->> Ijazah -->> Kerja.

Hidup semudah apa yang diterima dan diusahakan. Seerti dengan keringat. Semaksud dengan darah. Ia berkisar tentang ujian. Ia menceritakan tentang kemenangan. Ia juga menerangkan kesakitan.

Terlebih menaip namun tetap mahu menyatakan apa yang diinginkan. Pos berikutnya barangkali jika masih berdenyut nadi selepas ini.

1 comment: