Monday, September 6, 2010

Aidilfitri ------->> Beijing

Assalamualaikum.

Ramadhan bakal berlalu. Ramadhan bakal berakhir. 10 terakhir juga diraikan.


Aidilfitri bakal menjelang. Aidilfiti akan kita jumpa lagi. Aidilfitri juga bakal diraikan.


Beijing menanti. Beijing menjengah. Beijing juga menantikan.

Tidak kurang seminggu lagi seluruh umat Islam akan melambai selamat tinggal kepada Ramadhan, melambai selamat datang kepada Aidilfitri. Sekejap sahaja. Sebentar sangat. Sebulan berlalu Ramadhan.

2 bulan berlalu cuti musim panas. Tidak kurang seminggu juga, aku akan pulang ke Kota Beijing, salah satu kota yang hebat menurut Encyclopædia Britannica.


Kelas akan dimulakan. Kelas akan bermula. Kami kebanyakan yang akan pulang pada 12 dan 13 mula berkemas barangan, mula mengepos barangan, mula berangan, malah mula berazam baru.

Bermula semester kali ini bermaksud kami akan memulakan semester pertama, tahun pertama sebagai pelajar yang akan mengejar Ijazah.

Kali ini aku juga akan menjadi salah seorang daripada 'KAMI'. Sebelum ini tidak dapat bergelar sebagai pelajar ijazah setelah meninggalkan Pusat Asasi UIAM lebih awal. Semoga tidak ada lagi jalan lain yang membuatkan aku terkeluar dari jalan yang akan dilalui. InsyaAllah.

No comments: