Wednesday, August 4, 2010

UIAM

Salam.

Bersiaran langsung dari Mahallah Salahuddin, bertapak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Bermukim dengan Safuan Sulaiman a.k.a Ngaskor/Askar, Farhan a.k.a Keypink, Salihen a.k.a Bob dan Sham.

Tidur hanya beralaskan selimut Keypink dan bantal Boss. Nyaman namun sakit badan mula menyemut dan menyengat.

Hampir 3 minggu bermukim di UIAM agak membuatkan diri sendiri merasakan seperti pelajar di sini. Punya tugas sendiri hari-hari namun masih merasakan begitu.

LRT, Komuter dan bas hampir tiap ari ditumpangi ibarat pekerja tetap di bandar Kuala Lumpur. Touch n Go juga digunakan sebagai alternatif.

Selalunya makan malam bersama Jibuys di kafe Mahallah Ali dan Salahuddin. Juga makan tengah hari bersama yang lain di Evoke Cafe.

Pertemuan sahabat lama seperti Doyeh, Rasydan, Cu, Jime, Jaha dan Iera juga menghibur hati. Punya peluang bertemu mata dengan mereka hanya setahun sekali.

Keluarga tidak dilupakan. Akan pulang berpuasa selama sebulan bersama Abah, Ma Long dan Amad. Namun bukan bermaksud sebulan di Kelantan. Berkemungkinan 8 hari di Maran dan selebihnya di Kota Bharu. Ayeh dan Na juga diharap pulang berpuasa bersama.

Fotografi bersama mereka-mereka masih belum dilunaskan. T_T

No comments: