Wednesday, August 4, 2010

Minat


Saya punya minat x? Orang lain punya minat tersendiri. Contoh paling dekat; Ahmad, Roomate di 314, BFSU. Minatnya terhadap Fotografi boleh saya klasifikasikan sebagai 'Freak'. Bakat serta usaha yang ada pada dirinya tersangatlah mempengaruhi. Bagi saya, dirinya Guru Kamera.

Mana taknya, tiap siapa yang mahu punya kamera, belajar Fotografi semua akan ke 314 untuk berguru dengannya. Menghormati kepakaran dia, saya merasakan saya juga perlu minat. Minat yang berfaedah.

Masih belum tahu kenapa namun saya tidak punya keyakinan diri. Minat tidak ada, impian entah ke mana.

Ayeh sendiri punya minat terhadap memancing dan road trip. Saya pula hanya mampu berada di bilik dan terperap. Emo seorang diri.

Sukan pula tidak pula digemari. Haih~

Saya ini Pesimis?