Tuesday, August 10, 2010

Maran, Pahang

Salam.

Sudah bertapak di Maran selama 2 malam. Selesa namun agak bosan. Maran, bandar Ayam Kampung. Masih belum makan ayam kampung sini. Cuma sudah menjamah ikan Patin di Jengka 7 sabtu lalu di rumah Ayah Lim.

Hari ini sehari sebelum 1 Ramadhan. Hari ini kalau boleh mahu diqadakan awal dengan KFC dan Pizza Hut. Namun apa daya, tidak wujud di bumi Maran. Tidak mengapa, mungkin ada hikmah. Tambah-tambah lagi selepas menonton 'Phase 3 Food Inc.'. Mengetahui bagaimana daging ayam dan lembu dikilangkan, loya di tekak.

Semalam recall beberapa minggu lepas ada seseorang entah siapa mengatakan saya ni muka orang Pahang. Ada pula cop di dahi 'Made in Pahang'. Haha. Bak kata Askor, kalau da Hindu, Hindu la. Kurang Asam di situ.

Saya celup Perak, Terengganu, Kelantan dan hari ini Pahang. Haha~

No comments: