Sunday, July 18, 2010

Buku Impian

Salam.

Sebentar lalu baru sahaja berceloteh bersama Wani dan Amal di laman web Facebook mengenai 'Buku Impian'.

Awal celoteh bermula apabila desas desus Wani dan saya mengatakan bahawa senaraikan impian pada pihak MARA, mereka akan tunaikan.

Perkahwinan dan bulan madu ditaja, kereta ditaja, malah penginapan juga disediakan selepas menamatkan pengajian di BFSU.

Alangkah indahnya hidup jika begitu. Haha. Namun, celoteh kami membuahkan hasil. Hasilnya merupakan 'Buku Impian'.

Dahulu, di UIA pernah terdengar tentang 'BI' yang mana mampu menitikkan semangat terhadap seseorang untuk lebih kuat dan gigih mencapai apa yang diinginkan.

Sesiapa yang menonton 'Up' akan teringat buku impian Ellie iaitu ' My Adventure Book' yang impian yang terlukis serta terlekat di dalamnya dicapai.

Instruksi nya mudah :

1) Muka depan - Buku Impian, Dream Book atau sewaktu dengannya. Wani, guna Hanzi k. Sertakan sekali doa pembukaan hari atau mana-mana doa yang perlu.

2 ) Kandungan - Lukisan atau gambar impian. Eg: Gambar Mini Cooper, Lukisan Rumah impian atau sewaktu dengannya.

3) Part penting iaitu haruslah hari-hari menatap buku impian dan mula wujudkan keyakinan dalam diri mampu untuk mencapainya malah setiap hari berubah dan berubah supaya menjadi lebih baik dan punya cara untuk mencapai impian. Eg: Jika mahukan sebuah Honda Jazz, mulalah menabung, mulalah berjimat.

4) Akhir muka - sertakan doa kejayaan dan haruslah berdoa bertawakkal moga ditunaikan apa yang dihajatkan.

Moga 'Buku Impian' yang dicetuskan ini kreatif dan mampu menarik minat semua untuk terus merealisasikan impian semua. ^_^