Sunday, June 27, 2010

Pantas

Salam.

Sebentar lalu berYM dengan Wanny Rahman, rakan sekelas. Kami kalut, kami cuak, kami semakin acap mengeluh. Semua tahu kenapa. Cuma masing-masing masih belum memikirkan cara untuk selesaikan, kerisauan menganggu sanubari.

Kecil-kecil, tatkala jatuh rebah menangis, wujudnya insan mengasihi, insan yang memimpin kembali tangan kecil, menyuakan coklat atau gula-gula memujuk hati kecil yang kesedihan. Pada masa itu, langsung tidak dirisaukan diri sendiri kerana diri masih kecil, diri masih punya insan tersayang menjaga. Alangkah gembira mengingati masa-masa itu.

Semakin dewasa, tatkala tertekan kemurungan, insan yang mengasihi masih lagi ada di sisi, masih lagi tak jemu menyuakan suara pendapat serta nasihat yang bermanfaat, meratakan segala kesedihan. Namun, diri sendiri mula risau, diri sudah jauh dari keluarga, diri sudah perlu berdikari, diri perlu kuat. Alangkah mencabarnya hidup.

Hidup ini susah namun tidak menyusahkan. Hidup ini tidak senang malah tidak menyenangkan. Namun kesusahan yang wujud tidak pernah menyusahkan malah ia menyenangkan kesusahan. Agak rumit jika difikirkan.

Pendek kata, kesusahan memudahkan hidup dunia dan akhirat. Selagi wujud sabar, selagi wujud kasih sayang, selagi wujud toleransi, maka kemanisan pengalaman, ujian dan kesusahan akan menjadi bekalan akan datang.

Bersabarlah kerana sabar itu memupuk kebahagiaan~

No comments: