Saturday, June 26, 2010

Mula Bersarang

Selamat pagi.

Sudah lama sudut ini ditinggalkan bersarang. Labah-labah mula bertempiaran tatkala papan keyboard dipetik petik. Ibarat piano yang hampir pecah dimakan anai-anai, pabila dipetik, rekahan-rekahan mula memenuhi ruang papan piano.

25 hari sudah berlalu buat Jun 2010. Tiada lagi cara untuk kembali ke masa-masa sebelum ini untuk membetulkan perkara yang berlaku. Wajar difikirkan 25 hari akan datang, 25 bulan akan datang malah 25 tahun akan datang.

Bait- bait masa sangat pantas berlalu. sangat merencanakan kita semua bahawa hidup ini tidak panjang tempohnya, malah sangat pendek. Jadi, hentikan kelalaian diri sendiri, mansuhkan keburukan yang ada, semaikan benih cahaya dan hiduplah dengan pegangan yang teguh.

2 comments:

cha'a said...

wow...

laoshi. lmeny x dgr cte.. huhuhu

Fauzan said...

cha'a.
lama gak xdgar cte kamu.