Tuesday, June 29, 2010

Meniti Senja

Salam.

Kebelakangan ini, kekecewaan senantiasa menjengah diri ini. Barangkali terlalu memikirkan tentang semua hal-hal yang kalau kira memang sudah jauh mempengaruhi bait-bait perjalanan di sini.

Penatkah? Serabutkah?

Entahlah, kalau diikutkan, ingin saja berbuat seperti yang difikirkan namun sejenak termenung membuatkan diri ini membatalkan sahaja niat atas dasar kemungkinan berlakunya lagi kekecewaan.

Bukan bermaksud hanya berserah namun mencari masa dan keadaan yang sesuai. Mengertikah lain tentang semua yang berlaku dan semua yang difikirkan?

Mendengus panjang, malah lagi panjang daripada sebelum ini~

Sunday, June 27, 2010

Pantas

Salam.

Sebentar lalu berYM dengan Wanny Rahman, rakan sekelas. Kami kalut, kami cuak, kami semakin acap mengeluh. Semua tahu kenapa. Cuma masing-masing masih belum memikirkan cara untuk selesaikan, kerisauan menganggu sanubari.

Kecil-kecil, tatkala jatuh rebah menangis, wujudnya insan mengasihi, insan yang memimpin kembali tangan kecil, menyuakan coklat atau gula-gula memujuk hati kecil yang kesedihan. Pada masa itu, langsung tidak dirisaukan diri sendiri kerana diri masih kecil, diri masih punya insan tersayang menjaga. Alangkah gembira mengingati masa-masa itu.

Semakin dewasa, tatkala tertekan kemurungan, insan yang mengasihi masih lagi ada di sisi, masih lagi tak jemu menyuakan suara pendapat serta nasihat yang bermanfaat, meratakan segala kesedihan. Namun, diri sendiri mula risau, diri sudah jauh dari keluarga, diri sudah perlu berdikari, diri perlu kuat. Alangkah mencabarnya hidup.

Hidup ini susah namun tidak menyusahkan. Hidup ini tidak senang malah tidak menyenangkan. Namun kesusahan yang wujud tidak pernah menyusahkan malah ia menyenangkan kesusahan. Agak rumit jika difikirkan.

Pendek kata, kesusahan memudahkan hidup dunia dan akhirat. Selagi wujud sabar, selagi wujud kasih sayang, selagi wujud toleransi, maka kemanisan pengalaman, ujian dan kesusahan akan menjadi bekalan akan datang.

Bersabarlah kerana sabar itu memupuk kebahagiaan~

Saturday, June 26, 2010

Mula Bersarang

Selamat pagi.

Sudah lama sudut ini ditinggalkan bersarang. Labah-labah mula bertempiaran tatkala papan keyboard dipetik petik. Ibarat piano yang hampir pecah dimakan anai-anai, pabila dipetik, rekahan-rekahan mula memenuhi ruang papan piano.

25 hari sudah berlalu buat Jun 2010. Tiada lagi cara untuk kembali ke masa-masa sebelum ini untuk membetulkan perkara yang berlaku. Wajar difikirkan 25 hari akan datang, 25 bulan akan datang malah 25 tahun akan datang.

Bait- bait masa sangat pantas berlalu. sangat merencanakan kita semua bahawa hidup ini tidak panjang tempohnya, malah sangat pendek. Jadi, hentikan kelalaian diri sendiri, mansuhkan keburukan yang ada, semaikan benih cahaya dan hiduplah dengan pegangan yang teguh.

Saturday, June 12, 2010

Raya

Salam.

Baru sahaja membingitkan telinga dengan mendengar lagu-lagu raya ; Black Dog Bones - Cahaya Aidilfitri, Sharifah Aini - Suasana Hari Raya, Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti dan sekarang pula Saloma - Selamat Hari Raya.

Entah mengapa tiba-tiba sahaja mahu didendangkan lagu raya malam ini.

Barangkali kerana siang hari tadi dibincangkan perihal aidilfitri, tiket, kelas semasa ijazah.

Cahaya Aidilfitri, dinantikan. :D

Saturday, June 5, 2010




Facing the River,
I was unable to be brave and cross it.
I'm just a chrysanthemum.



Saya Hanya Fauzan

Saya hanya Fauzan

Manusia kerdil

Insan penuh kesilapan

Mana mungkin akan jadi sempurna

Tidak seindah yang didambakan

Kenapa saya tidak seindah nama sendiri

Fauzan - kejayaan

Sehingga hari ini

Saya masih tergapai-gapai

Entah akan lemas

Entah akan timbul

Entah akan mengalah

Entah akan teruskan

Memerlukan jati diri

Memerlukan kesedaran diri

Saya lemah.

Wednesday, June 2, 2010

Jom Solat

Arabic and English Narration of Hadith Qudsi 9
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
"إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ. فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ".

رواه الترمذي(1) وكذلك أبو داود والنسائي وابن ماجه وأحمد

On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) from the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him), who said:

"Allah (mighty and sublime be He) says:

'The first of his actions for which a servant of Allah will be held accountable on the Day of Resurrection will be his prayers.' If they are in order, then he will have prospered and succeeded; and if they are wanting, then he will have failed and lost. If there is something defective in his obligatory prayers, the Lord (glorified and exalted be He) will say: 'See if My servant has any supererogatory prayers with which may be completed that which was defective in his obligatory prayers.' Then the rest of his actions will be judged in like fashion."

[At-Tirmidhi (also by Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibn Majah and Ahmad).]