Monday, May 31, 2010

Tergelak



Salam.

Keputusan ujian agak tidak bagus. Namun masih mengekalkan prestasi 'Average'. Herm. Hanya tinggal satu lagi ujian.

Hari ini kami dikurnia kerja sekolah yang agak banyak disertakan dengan pembelajaran yang agak laju serta tatabahasa yang susah.

Tergelak, memikirkan perihal seperti ini. Disebabkan Ijazah mendatang, para guru mula bertungkus lumus mahu melumatkan bebanan Ijazah agar kami akan biasa dengan situasi tersebut.

Terima Kasih buat mereka kerana mahu mengekalkan kualiti guru Bahasa Mandarin. Semoga kami semua mampu dan terus gagah menghadapi pembelajaran nanti.

Hari ini belajar bab 25, kuiz akan diadakan pada rabu. Haha. Laju dan laju. Hari semakin sibuk. Tidak dibenarkan main-main.

Perlu bertungkus lumus!


No comments: