Saturday, May 29, 2010

马来一班

Salam.

Tanggal 29 Ogos 2009, MARA menghantar 19 orang pelajar ke Kota Beijing, China. Kami merupakan gagasan ke-2 yang dihantar pihak MARA untuk melebarkan jalur-jalur pendidikan rakyat Malaysia.

12 orang pelajar dikelaskan dalam kelas 马来一班. Kelas 马来二班 punya 5 pelajar MARA bertauliah. Manakala lagi 2 dikelaskan dalam kelas pelajar-pelajar punya asas Bahasa Mandarin.


马来一班

Dari Kiri : 阿南,法利,罗克曼,付赞,莎菲卡,波尼费,法蒂娅,狄娅娜,娜比拉,尤素拉,艾玛丽娜,婉妮
Depan Bawah : 莎菲卡,鲁老师

Foto di atas merupakan foto yang paling terbaru. Ketika itu kami di 天津(Tiānjīn). Jika dilihat pada 汉字(Hànzì) - Tulisan, itu merupakan nama-nama yang kami peroleh setibanya kami di sini.

Ingin saya nyatakan sebutan nama-nama di atas.

1. 阿南 (Ānán)
2. 法利 (Fǎ lì)
3. 罗克曼 (Luō kè màn)
4. 付赞 (Fù zàn)
5. 莎菲卡 (Shā fēi kǎ)
6. 波尼费 (Bō ní fèi)
7. 法蒂娅 (Fǎ dì yà)
8. 狄娅娜 (Dí yà nà)
9. 娜比拉 (Nà bǐ lā)
10. 尤素拉 (Yóu sù lā)
11. 艾玛丽娜 (Ai mǎlì nà)
12. 婉妮 (Wǎn nī)

Nama sebenar kami ialah Anas, Farid, Luqman, Fauzan, Syafiqah, Boniface, Fatihah, Diyana, Nabila, Yusra, Amalina dan Hazwani.

Nama cina dimiliki bukan bererti lupa budaya sendiri. Masing-masing masih lagi ingin menyambut Aidilfitri, masih lagi mahu menyambut Gawai.

Roti canai, Nasi Lemak, Nasi Ayam Budu, Cencaluk, Belacan. Hidangan yang memang setiap hari diidamkan. Bak kata Laili dan Nabihah, 'Nasi Kak Wok gak, xdok tandinge la kalu wat make terutamo pagi'. Terjemahan : 'Nasi-nasi di warung Kak Wok, tidak dapat dibandingkan terutama pada waktu pagi'.

Di situ jelas menunjukkan bahawa kami rindu tanah air. 'Daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'.

Kami 12 orang berkemungkinan akan bertukar kelas menjelang era Ijazah nanti. Risiko merindui rakan sekelas dan para cikgu bertauliah amat tinggi. Jadi, diharap detik-detik semester ini akan kami sama-sama manfaatkan.

Mahu Summer di Malaysia bersama rakan sekelas~

5 comments:

tiha. said...

nice one.
will miss malai yi ban, for sure.

Fauzan said...

nnt ad pos khas ntuk xiao zu.
:)

wanny rahman said...

ade kesalahan di situ...
莎妃卡。。。nama pika :)

Fauzan said...

uiks. x sama ng nama syaf?

wanny rahman said...

tak sama lah :)