Saturday, May 29, 2010

Al-Kisah

Salam.

Hanya tinggal 1 lagi ujian bulanan. Kemudian, pulang bercuti di Malaysia. Datangnya September nanti, akan menghadapi zaman Ijazah.

Dahulu pernah di UIAM Nilai, terbayang-bayang diri ini akan mendaftarkan diri di Kampus Utama UIAM, di Gombak. Namun hari ini mengesahkan diri akan berdaftar sebagai pelajar Ijazah di Beijing Foreign Studies University. InsyaAllah.

Cabaran dugaan selama ini dihadapi. Termasuk aspek lahiriah dan zahiriah. Semua itu menjadi pengalaman dan pengalaman ini yang mengajar erti kehidupan.

Semangat semakin hari semakin goyah. Namun mampu menanganinya. Semakin mampu, semakin kuat. Itulah yang menjadi impian. Impian yang masih belum pernah direalisasikan.

Impian yang bagi saya agak tidak mudah, iaitu punya keyakinan diri, percayakan diri sendiri dan bermotivasi tinggi. Saya akan peroleh semua itu dalam erti kata akan menggapai impian lahiriah.

Lahiriah perlu dilunaskan sebelum zahiriah dapat dilunaskan~

2 comments: