Monday, May 31, 2010



Tatabahasa Susah.

Faham tapi tidak faham.

Apa kan daya.

Izinkan saya rehat malam ni.

T_T


Tergelak



Salam.

Keputusan ujian agak tidak bagus. Namun masih mengekalkan prestasi 'Average'. Herm. Hanya tinggal satu lagi ujian.

Hari ini kami dikurnia kerja sekolah yang agak banyak disertakan dengan pembelajaran yang agak laju serta tatabahasa yang susah.

Tergelak, memikirkan perihal seperti ini. Disebabkan Ijazah mendatang, para guru mula bertungkus lumus mahu melumatkan bebanan Ijazah agar kami akan biasa dengan situasi tersebut.

Terima Kasih buat mereka kerana mahu mengekalkan kualiti guru Bahasa Mandarin. Semoga kami semua mampu dan terus gagah menghadapi pembelajaran nanti.

Hari ini belajar bab 25, kuiz akan diadakan pada rabu. Haha. Laju dan laju. Hari semakin sibuk. Tidak dibenarkan main-main.

Perlu bertungkus lumus!


Sunday, May 30, 2010

Apa Itu Courtesy?

Salam.

Apa itu courtesy? Pos kali ini agak saya ingin tegaskan kerana saya agak kabur apabila dikelilingi jiwa-jiwa yang dahulunya asyik punya soalan, 'Di manakah "TERIMA KASIH" dorang ye?', 'Kenapa susah sangat nak ungkap "TERIMA KASIH apabila menerima sesuatu?'.

Apabila difikirkan kembali, 'Courtesy' atau 'budi diminta dibalas' menjadi isu di sini?

Itu dahulunya, sekarang pula mereka yang dahulunya sangat mempersoal budi bahasa ini mula berubah, dalam erti kata lain menjadi orang yang dipersoal. Mereka pula yang tidak berterima kasih. Mereka pula yang buat bodoh apabila ditegur.

Sombong ke bodoh mereka ini?
Atau sombong bodoh?

Jika benar diri mereka punya budi bahasa yang tinggi, jangan pernah mahu jadi orang yang tidak berbudi bahasa walaupun terhadap orang yang rapat.

Mendesis panjang, kesal atas sikap segelintir manusia~

Saturday, May 29, 2010

马来一班

Salam.

Tanggal 29 Ogos 2009, MARA menghantar 19 orang pelajar ke Kota Beijing, China. Kami merupakan gagasan ke-2 yang dihantar pihak MARA untuk melebarkan jalur-jalur pendidikan rakyat Malaysia.

12 orang pelajar dikelaskan dalam kelas 马来一班. Kelas 马来二班 punya 5 pelajar MARA bertauliah. Manakala lagi 2 dikelaskan dalam kelas pelajar-pelajar punya asas Bahasa Mandarin.


马来一班

Dari Kiri : 阿南,法利,罗克曼,付赞,莎菲卡,波尼费,法蒂娅,狄娅娜,娜比拉,尤素拉,艾玛丽娜,婉妮
Depan Bawah : 莎菲卡,鲁老师

Foto di atas merupakan foto yang paling terbaru. Ketika itu kami di 天津(Tiānjīn). Jika dilihat pada 汉字(Hànzì) - Tulisan, itu merupakan nama-nama yang kami peroleh setibanya kami di sini.

Ingin saya nyatakan sebutan nama-nama di atas.

1. 阿南 (Ānán)
2. 法利 (Fǎ lì)
3. 罗克曼 (Luō kè màn)
4. 付赞 (Fù zàn)
5. 莎菲卡 (Shā fēi kǎ)
6. 波尼费 (Bō ní fèi)
7. 法蒂娅 (Fǎ dì yà)
8. 狄娅娜 (Dí yà nà)
9. 娜比拉 (Nà bǐ lā)
10. 尤素拉 (Yóu sù lā)
11. 艾玛丽娜 (Ai mǎlì nà)
12. 婉妮 (Wǎn nī)

Nama sebenar kami ialah Anas, Farid, Luqman, Fauzan, Syafiqah, Boniface, Fatihah, Diyana, Nabila, Yusra, Amalina dan Hazwani.

Nama cina dimiliki bukan bererti lupa budaya sendiri. Masing-masing masih lagi ingin menyambut Aidilfitri, masih lagi mahu menyambut Gawai.

Roti canai, Nasi Lemak, Nasi Ayam Budu, Cencaluk, Belacan. Hidangan yang memang setiap hari diidamkan. Bak kata Laili dan Nabihah, 'Nasi Kak Wok gak, xdok tandinge la kalu wat make terutamo pagi'. Terjemahan : 'Nasi-nasi di warung Kak Wok, tidak dapat dibandingkan terutama pada waktu pagi'.

Di situ jelas menunjukkan bahawa kami rindu tanah air. 'Daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'.

Kami 12 orang berkemungkinan akan bertukar kelas menjelang era Ijazah nanti. Risiko merindui rakan sekelas dan para cikgu bertauliah amat tinggi. Jadi, diharap detik-detik semester ini akan kami sama-sama manfaatkan.

Mahu Summer di Malaysia bersama rakan sekelas~

Al-Kisah

Salam.

Hanya tinggal 1 lagi ujian bulanan. Kemudian, pulang bercuti di Malaysia. Datangnya September nanti, akan menghadapi zaman Ijazah.

Dahulu pernah di UIAM Nilai, terbayang-bayang diri ini akan mendaftarkan diri di Kampus Utama UIAM, di Gombak. Namun hari ini mengesahkan diri akan berdaftar sebagai pelajar Ijazah di Beijing Foreign Studies University. InsyaAllah.

Cabaran dugaan selama ini dihadapi. Termasuk aspek lahiriah dan zahiriah. Semua itu menjadi pengalaman dan pengalaman ini yang mengajar erti kehidupan.

Semangat semakin hari semakin goyah. Namun mampu menanganinya. Semakin mampu, semakin kuat. Itulah yang menjadi impian. Impian yang masih belum pernah direalisasikan.

Impian yang bagi saya agak tidak mudah, iaitu punya keyakinan diri, percayakan diri sendiri dan bermotivasi tinggi. Saya akan peroleh semua itu dalam erti kata akan menggapai impian lahiriah.

Lahiriah perlu dilunaskan sebelum zahiriah dapat dilunaskan~

Friday, May 28, 2010

Kehidupan

Kamu kaya,
namun kamu miskin.

Kamu pemurah,
namun kamu berkira.

Kamu cantik,
namun kamu agungkan.

Kamu berada,
namun terlampau berjimat.

Kamu baik,
namun hati kamu berhabuk.

Kamu bagus,
namun kamu mendambakan kejahatan

Kamu kenapa?

Kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga.

Kamu cermin diri kamu.

Kamu refleksi debu-debu kapitalisme.

Walau kecil,
namun semakin menzahirkannya.

Hentikan.

Belajarlah.

Jangan pernah kedekut.

Jangan pernah memendam rasa.

Jangan pernah suka hati mak bapak anda.

Be wise.

Be well.

Be kind.

Thursday, May 20, 2010

上海

Salam.

Jam 7 akan berada di kampus bertentangan untuk bas ke stesen kereta api.

Akan bertolak ke 上海 pada jam 9 malam nanti.

Masih belum kemas habis.

Sangat malas.

Ada yang siapkan makanan. Ada yang hanya berlengah-lengah.

Saya hanya cuma online.

Saya hanya tunggu SMS.

Saya sangat merindui.

Mahu kemas. Akan ke上海.

Tuesday, May 18, 2010

Saya

Semakin

Hari

Semakin

Malas

.

Rasa

Mahu

Poteng

Kelas

Membuak

Buak

谢谢老师们

Salam.

Semalam 16 Mei. Semalam hari guru seluruh Malaysia. Semalam juga hari guru disambut di kelas Malai Yi Ban, kelas kami di Beiwai.

Kek ditempah, bunga dibeli, air dituang. Ribuan terima kasih buat pengajar di sini termasuk Lu Lasohi, Wang Laoshi, Yu Laoshi dan Shu Laoshi.

Semalam, laoshi-laoshi terharu dan berharap kami semua memajukan diri sendiri. InsyaAllah, kami akan cuba.

Ujian pada minggu depan, pengajaran semakin laju. OK, tensi!

Foundasi hampir tamat, bergeraklah kami ke peringkat ijazah selepas cuti musim panas nanti. Akan merindui laoshi-laoshi foudasi nanti.

谢谢老师们~

王老师, 舒老师, 鲁老师,于老师

Wednesday, May 12, 2010

房间

照片儿介绍

日期 : 2010 年 05 月 12 号
位置 : 314 房间

PS : Click image to enlarge





Tuesday, May 11, 2010

天津

Align Center照片儿介绍

日期 : 2010 年 04 月 29-30 号
位置 : 天津
: 老师同学

PS : Click image to enlarge







Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu MA!

kau di buai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punyai kekuatan jiwa
punyai maruah

leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu
terpahat di hati
beringat-ingatlah
berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang

engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
disaat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda

---Terima Kasih buat Puan Azimah Muhamad atas segala pengorbanan---
--- Sayang MA!---
---My mom. We don't get to pick our parents, but if we did, I would have chosen her--- ---Happy Mother's Day...---

Saturday, May 8, 2010

Fauzan



Maaf, saya bukan malaikat. Saya tidak punya hati suci. Saya tidak punya kebaikan.

Maaf, saya hanya Fauzan. Saya punya hati kotor. Saya punya kejahatan.

Maaf, saya boleh, namun saya tidak mampu. Tidak mampu menjadi lebih baik.

Maaf, tiap-tiap hari harus bersabar.

Maaf, tiap-tiap waktu bersama rosak.

Maaf, saya hanya Fauzan.







I tried be perfect it just wasn't worth it
nothing could ever be so wrong
it´s hard to believe me
it never gets easy
I guess I knew that all long



Friday, May 7, 2010

Jumaaat

Salam dan selamat pagi.

Semalam tidur awal dek persetujuan bersama. Mahu punya hidup sihat. Tidur mencukupi, diet yang sihat, senaman cergas. Dan mahu perform belajar.

Result ujian hari itu tidak sebagus sebelum ini. Agak kecewa namun seperti biasa jika difikirkan, berada pada takuk yang sama, AVERAGE.

Bilalah mahu lompat seperti Wanni atau Diyana. Tahniah buat mereka atas peningkatan pembelajaran. Wanni, Ratu 阅读 manakala Diyana menggapai nama ke atas.

Berbalik pada semalam dan hari ini.

Semalam tidur sebelum jam 12 tengah malam. Teringat kembali pada zaman-zaman tidur awal, bangun awal.

Pagi ini bangun jam 5 pagi dan tunaikan solat subuh, kemudiannya meng上网kan diri. 3 album Avril Lavigne di下载 (xiàzǎi) beserta 3 album Coldplay dan 2 album The Killers.

Sebentar lagi mahu ke 家乐福 (jiālèfú) a.k.a Carrefour, mahu diborong perkakas dapur yang sudah lama tertangguh untuk dibeli.

Tekak masih sakit, FF dimakan.

Sangat tidak suka mint stuff~

Tuesday, May 4, 2010

Esok isnin.

Kelas bermula jam 8 seperti kebiasaan. Pada petangnya, selepas tamat kelas, diadakan pertandingan menyanyi.

Boniface, Nadya, Aina dan para senior merupakan peserta pelajar Malaysia. Saya dan Syafiqah terlibat dalam nyanyian Boniface.

Sekarang, kerja sekolah saya masih belum disiapkan. Mendesis panjang dek kekurangan sendiri.

Entah mengapa, apabila dibaca balik blog 付赞, kebanyakan pos menceritakan depresi serta tensi yang dialami.

Sampai bilakah mahu begini?

The World Behind My Wall

Penglihatan saya kurang jelas.

Pendengaran saya kurang jelas.

Kebersihan saya agak kabur.

Keyakinan diri saya agak terumbang-ambing.

Kekuatan saya miliki agak lemah.

Hati saya sentiasa dalam ragu-ragu.

Saya minta maaf atas kekurangan saya.

Saya minta maaf jika saya mengecewakan.

Saya minta maaf saya tidak memuaskan hati.

Saturday, May 1, 2010

Salam.

Semalam baru sahaja pulang dari Tianjin. Penat kerana perjalanan pulang agak terganggu disebabkan kesibukan jalan raya serta jalan sedang dalam proses baik pulih.

Semalam tidur sangat awal. Kepenatan.

Hari ini bangun sangat lewat. Masih kepenatan.

Tertanya-tanya kenapa. Badan masih tidak bermaya. Selera makan hilang walaupun kelaparan.

Sebentar tadi punya satu program bersama Abang Amir. Sudah lama tidak menghadiri majlis agama sebegitu walaupun semasa di UIA selalu sahaja dianjurkan majlis sebegitu.

Saya dijangka demam bak kata Adam. Katanya memasuki alam demam. Haha. Badan panas-panas. Lidah rasa tawar-tawar.

Sudah lama tidak demam~