Wednesday, April 28, 2010

Rabu

Hari ini cuti sekolah. Seharian untuk rehat, masak dan segalanya sebelum ke Tianjin. Esok awal pagi, kami diminta berkumpul di pintu pagar merah untuk menaiki bas menuju ke kota Tianjin.

Kami akan berada di sana selama 2 hari satu malam. Bilik sudah ditempah. Seperti kebiasaan, Luqman akan menjadi partner.

Semalam dapat keputusan ujian 汉语 dan 听和说. Agak tidak memberangsangkan. Gusar. Menantikan kepulangan 王老师 untuk keputusan ujian 阅读. Diharapkan markah ujian itu mampu menampung markah keseluruhan.

2 hari lepas, beberapa rakan sekelas, Boniface, Farid, Diyana, Syafiqah, Fatihah, Yusra, Zarina, Azmi dan Mariam menyertai pertandingan menyanyi. Boniface, layak ke pusingan akhir pada awal bulan lima nanti.

Semalam ke 商场, melabur duit~

No comments: