Friday, March 5, 2010

Maggi Tomyam Nescafe O

Persis di pagi hari bersama semangkuk mee Maggi Tomyam serta secawan Nescafe O.

Pagi ini.

Aku ingin melayang tinggi ke angkasa.

Aku mahu belayar di lautan.

Jam menunjukkan 3:03 pagi. Aku mengantuk namun aku masih lagi belum berkeinginan untuk melamparkan diri pada empuk katil. 5 Mac 2010 merupakan hari yang ingin aku catat dalam diari memori kepala ini.

Hari ini bendalir badan aku, aku alirkan keluar. Rakus dimainkan. Sudah hilang akalkah? Aku tidak memikirkan apa-apa. Aku benar-benar kosong. Kapal jiwa kehilangan nakhoda.

Sehingga detik sekarang masih belum dapat dikemudi. Kapal ini akan tenggelamkah?

2 comments:

faizah said...

xbagus makan maggie lagi2 dengan nescafe, nescafe susu ke gula ke, same je kesan die :P

Fauzan said...

tp ad nikmat di situ.
huhu