Saturday, March 20, 2010

Langit Merah, Angin Menderu

Salam.

Pagi ini mata dibuka luas. Mata ini melihat kemerahan Kota Beijing. Hairan. Kenapakah langit merah. Angin menderu kuat. Argh! Debu-debu mula menyelinap masuk dengan pantas dan menyinggah pada laptop, buku serta apa-apa sahaja yang terletak di atas meja.

Semalam, mimpi buruk. Mimpi disembelih. Herm. Masih cuba untuk 'recall' apakah dan siapakah lagi dalam mimpi itu. Satu wajah muncul. Ketakutan.

Langit masih lagi merah. Tingkap perlu ditutup. Sebentar lagi Study Group. Buat dialog Hanyu. Khamis nanti ujian bulanan. Masih lagi belum ulangkaji. Saya gentar dengan ujian kali ini. Subjek yang akan diduduki agak mencabar pada semester ini.

Doakan kejayaan saya~

No comments: