Sunday, March 28, 2010

Kurangkan Berat Badan

Salam.

Semalam ke Xidan, beberapa helai baju dibeli dan semua bersaiz M. Pulang ke Beiwai dengan harapan muat baju-baju tersebut, namun setiap kali menyaut setiap baju-baju itu, perut yang buncit ini jelas diperlihat.

Haih~ Mau kempiskan perut, kurangkan berat badan, tingkatkan stamina.

Sudah beberapa tahun tidak mengeluarkan peluh dalam erti kata lain, saya tidak sihat dan stamina berkemungkinan pada tahap kritikal.

Susu tidak saya minum, Sayuran diminimakan, Buahan malas dimakan. Mana nak sihat hidup. Maggi dimakan. Pizza dikunjungi. KFC, McD turut menjadi kegemaran.

Teknikal tidaklah sebegitu efektif jika ingin dibandingkan dengan fizikal. Sekali kamu kurus, begitulah bentuk badan kamu. Namun sekali teknik digunakan, 2 3 kali dan lebih ia perlu dipraktik.

Mahu Hidup Sihat~

2 comments:

Bahida Abdullah Rasheeqa said...

fauzan nazuaf~
Mau kempis perut? Minum air kosong byk2..

Bahida Abdullah Rasheeqa said...
This comment has been removed by the author.