Tuesday, March 2, 2010

Ke Sana

Saya mahu ke sana. Ke tempat yang pernah saya singgah. Ke tempat terpaku banyak nya kenangan saya. Serta mahu ke sana kerana ingin terus bersama angan dahulu. Mimpi dahulu.

Hidup ini tidak cerah, tidak juga malap. Masih lagi normal. Masih lagi bercahaya, masih lagi kelam. Namun tetap didambakan tempat itu.

Saya mahu mendiaminya semula jika diberi peluang sekali lagi. Saya mahu kekal di situ. Kenapakah? Kerana saya memang tidak ada alasan kukuh untuk meninggalkan lembah keramat itu.

Hikmahnya ada. Namun, bebankanlah hati saya dengan hikmah itu serta kepujian setelah beralih tempat supaya saya tahu apa itu erti bersyukur.

No comments: