Thursday, March 25, 2010

Exam Berlalu



Salam.

Tepat jam 12.00 tengah ari tatkala loceng berbunyi, Lu Laoshi pantas mengutip kertas ujian kami semua. Kepenatan serta mengantuk meneraju seluruh minda. Diumumkan pula pada petang ini, jam 2 petang, akan diadakan kelas sejarah China pula.

Haih~ Mengeluh panjang. Ketika saat-saat terakhir ujian tadi, amat mengidamkan tidur yang lena di bilik. Kelas pula harus dihadiri. Ke kantin kampus menjamu selera. Kemudian, Teh Susu Coklat dibeli.

Tepat jam 2 petang, kelas bermula. Sesi gelak ketawa, mengantuk serta melukis dianjurkan kami. Mujurlah Fali bermotorsikal. Masakan kepenatan akan bertambah jika terpaksa berjalan kaki seorang diri.

Malam ini pula kelas 书法, namun tidak akan dihadiri kerana masih terfikir-fikir kenapa sanggup mendaftarkan diri ke kelas tersebut. :P

Ujian. Ujian tadi susah dan meratah otak. Saya payau dan jelik dengan ujian yang memenatkan. Huhu. Mahu sahaja pulang ke bilik dan tidur tanpa ujian tadi. Namun, ini tanggungjawab. Saya wajib menjalankan sebaik mungkin!

Buku baru telah kami peroleh. Mahu sahaja diperah otak membacanya kerana memikirkan ujian pagi tadi. :(

Diharap yang mendatang memajukan diri secara hemahnya.

2 comments:

wanny rahman said...

oit..x mau g shu fa???

Fauzan said...

saya mau log out la. huhu.
nnt pening2 nk g klas. huhu