Sunday, March 28, 2010

Kurangkan Berat Badan

Salam.

Semalam ke Xidan, beberapa helai baju dibeli dan semua bersaiz M. Pulang ke Beiwai dengan harapan muat baju-baju tersebut, namun setiap kali menyaut setiap baju-baju itu, perut yang buncit ini jelas diperlihat.

Haih~ Mau kempiskan perut, kurangkan berat badan, tingkatkan stamina.

Sudah beberapa tahun tidak mengeluarkan peluh dalam erti kata lain, saya tidak sihat dan stamina berkemungkinan pada tahap kritikal.

Susu tidak saya minum, Sayuran diminimakan, Buahan malas dimakan. Mana nak sihat hidup. Maggi dimakan. Pizza dikunjungi. KFC, McD turut menjadi kegemaran.

Teknikal tidaklah sebegitu efektif jika ingin dibandingkan dengan fizikal. Sekali kamu kurus, begitulah bentuk badan kamu. Namun sekali teknik digunakan, 2 3 kali dan lebih ia perlu dipraktik.

Mahu Hidup Sihat~

Thursday, March 25, 2010

Exam Berlalu



Salam.

Tepat jam 12.00 tengah ari tatkala loceng berbunyi, Lu Laoshi pantas mengutip kertas ujian kami semua. Kepenatan serta mengantuk meneraju seluruh minda. Diumumkan pula pada petang ini, jam 2 petang, akan diadakan kelas sejarah China pula.

Haih~ Mengeluh panjang. Ketika saat-saat terakhir ujian tadi, amat mengidamkan tidur yang lena di bilik. Kelas pula harus dihadiri. Ke kantin kampus menjamu selera. Kemudian, Teh Susu Coklat dibeli.

Tepat jam 2 petang, kelas bermula. Sesi gelak ketawa, mengantuk serta melukis dianjurkan kami. Mujurlah Fali bermotorsikal. Masakan kepenatan akan bertambah jika terpaksa berjalan kaki seorang diri.

Malam ini pula kelas 书法, namun tidak akan dihadiri kerana masih terfikir-fikir kenapa sanggup mendaftarkan diri ke kelas tersebut. :P

Ujian. Ujian tadi susah dan meratah otak. Saya payau dan jelik dengan ujian yang memenatkan. Huhu. Mahu sahaja pulang ke bilik dan tidur tanpa ujian tadi. Namun, ini tanggungjawab. Saya wajib menjalankan sebaik mungkin!

Buku baru telah kami peroleh. Mahu sahaja diperah otak membacanya kerana memikirkan ujian pagi tadi. :(

Diharap yang mendatang memajukan diri secara hemahnya.

Wednesday, March 24, 2010



Kelukan Diri

Pendamkan Rasa


*Select All = CTRL + A

Saturday, March 20, 2010

Salam.

Hidup dalam satu komuniti memang memenatkan mental dan fizikal dalam memastikan keadaan seimbang. Namun, wujudkan satu komuniti yang ahlinya, langsung tidak memikirkan perihal orang lain. Perihal diri sendiri seringkali diutamakan.

Kepenatan dalam berkomuniti berupaya membantutkan seseorang itu daripada terus wujud dalam komuniti yang dihadapinya. Bukan kerana mahu larikan diri, cuma merehatkan diri. Cuma mencari kehidupan sendiri.

Langit Merah, Angin Menderu

Salam.

Pagi ini mata dibuka luas. Mata ini melihat kemerahan Kota Beijing. Hairan. Kenapakah langit merah. Angin menderu kuat. Argh! Debu-debu mula menyelinap masuk dengan pantas dan menyinggah pada laptop, buku serta apa-apa sahaja yang terletak di atas meja.

Semalam, mimpi buruk. Mimpi disembelih. Herm. Masih cuba untuk 'recall' apakah dan siapakah lagi dalam mimpi itu. Satu wajah muncul. Ketakutan.

Langit masih lagi merah. Tingkap perlu ditutup. Sebentar lagi Study Group. Buat dialog Hanyu. Khamis nanti ujian bulanan. Masih lagi belum ulangkaji. Saya gentar dengan ujian kali ini. Subjek yang akan diduduki agak mencabar pada semester ini.

Doakan kejayaan saya~
Saya tertanya-tanya

Siapakah saya

Saya tertanya-tanya

Pentingkah saya

Saya tertanya-tanya

Salahkah saya

Saya tertanya-tanya

Kenapa saya

Saya tertanya-tanya

Adakah saya

Saya mahukan jawapan dari awak. Boleh?

Saturday, March 13, 2010

Kelesuan

Salam.

Saya masih lagi kelesuan. Semalam ke rumah Lu Laoshi bersama rakan sekelas. Perjalanan jauh membuatkan bendalir badan lagi tidak seimbang. Bersegera tidur selepas pulang dari sana.

Pagi ini, kepala masih lagi di takuk yang sama, masih bingung dan berpinar - pinar. Bunyi yang mengjengkelkan semakin kuat mendesing di telinga. Tittunis. Itu kah penyebabnya?

Sebentar lagi mahu ke Zhong Guan Cun, menemani Boni untuk baiki Hardisk serta ke Watson, juga mahu ke kedai buku untuk borong alat - alat Shufa.

Penat~

Sunday, March 7, 2010

Jangan Lupa Senyum


Jangan lupa untuk lontarkan senyuman manis anda. Setiap masa!

Dedicated to Afifah Ramli.

Jangan sedih2!

Poor Little Boy

I'm sorry that I nor perfect neither the best. Even though you are consoling me but I can see in your eyes that I'm just a little poor boy. a boy that can't do his own stuff, more contagiously for sure can't take care of anyone else.

Poor little boy that has to hurts himself in order to take care of others feeling. Missionary should be done so that he can find his way to home, babysitting his own self like no one should be close to him.


Little oh Little Boy. You should be stronger, wiser and gentler so that you can take care of yourself. When the time comes, you will leave the one that always make you feel so bad and you can be yourself.

But, it only will happen if you are really determined to be that way.

Friday, March 5, 2010

Maggi Tomyam Nescafe O

Persis di pagi hari bersama semangkuk mee Maggi Tomyam serta secawan Nescafe O.

Pagi ini.

Aku ingin melayang tinggi ke angkasa.

Aku mahu belayar di lautan.

Jam menunjukkan 3:03 pagi. Aku mengantuk namun aku masih lagi belum berkeinginan untuk melamparkan diri pada empuk katil. 5 Mac 2010 merupakan hari yang ingin aku catat dalam diari memori kepala ini.

Hari ini bendalir badan aku, aku alirkan keluar. Rakus dimainkan. Sudah hilang akalkah? Aku tidak memikirkan apa-apa. Aku benar-benar kosong. Kapal jiwa kehilangan nakhoda.

Sehingga detik sekarang masih belum dapat dikemudi. Kapal ini akan tenggelamkah?

Wednesday, March 3, 2010

Persetankan

Persetankan sahaja apa sahaja yang dilakukan. Apa yang mahu dikisahkan. Apa yang mahu dititikberatkan. Jangan pernah jaga tepi kain orang. Nanti diri sendiri malu. Nanti diri sendiri juga menyesal.

Benar jika mahu ditanya. Benar mahu diambil kira. Namun, jika diri sudah dipersetankan dan diperlaku secara tidak adil. Apa lagi yang mahu ditunggu. Namun Jangan menggertak. Jangan memberontak. Cuba ikut dan bersabar.

Cuba ikut rentak itu. Jika rentak itu perlahan atau laju. Tidak mengapa jika diri sendiri sudah bersedia. Jika kehilangan tidaklah begitu menyakitkan. Tidaklah begitu memakan hati.

Tahu diri sendiri dimainkan sahaja tidak mencukupi. Perlu juga bersedia untuk dipersetankan siap. Haha.

Tuesday, March 2, 2010



Every time you feel like you cannot go on. You feel so lost. That your so alone. All you is see is night. And darkness all around. You feel so helpless. You can`t see which way to go. Don`t despair and never loose hope. Cause Allah is always by your side.



Dicilok dari Status Facebook Yan Yana

Ke Sana

Saya mahu ke sana. Ke tempat yang pernah saya singgah. Ke tempat terpaku banyak nya kenangan saya. Serta mahu ke sana kerana ingin terus bersama angan dahulu. Mimpi dahulu.

Hidup ini tidak cerah, tidak juga malap. Masih lagi normal. Masih lagi bercahaya, masih lagi kelam. Namun tetap didambakan tempat itu.

Saya mahu mendiaminya semula jika diberi peluang sekali lagi. Saya mahu kekal di situ. Kenapakah? Kerana saya memang tidak ada alasan kukuh untuk meninggalkan lembah keramat itu.

Hikmahnya ada. Namun, bebankanlah hati saya dengan hikmah itu serta kepujian setelah beralih tempat supaya saya tahu apa itu erti bersyukur.

Semester Baru

Salam.

Petang tadi baru sahaja topupkan internet. Facebook kena klik. X banyak sangat da notifications. Semua nak exam. So sebab tulah sunyi sahaja.

Gambar bersama Pok Wei di muat naik oleh entah siapa membuatkan hatiku geli. Geli dipasangkan sebagai dia. Haha.

Petang tadi juga baru sahaja selesai mendaftarkan semester dua di Beijing Foreign Studies University ni. Hari ini juga merupakan hari ke dua selepas kelas bermula semalam.

Laoshi yang mengajar masih lagi sama namun disertakan cara yang lebih efektif, menggunakan teknologi dan sebagainya. Insyaallah semua dapat teruskan semester ini dengan lebih cemerlang malah lebing memberangsangkan.

Esok 3310. Ada exam sheng ci. Masih belum hafal. Mahu hafal cepat-cepat, risau tertidur seperti semalam. Tapi perasaan in terganggu. Mahu hilangkannya dengan serta merta. Memerlukan pertolongan. 911~