Friday, January 15, 2010

Sleepy

Salam.

Malam ini mengantuk awal. Barangkali kepenatan dan kesejukan hari ini. Ke masjid dan kemudiaanya ke 西真门. Barangan dapur serta toileteries diangkut pulang ke Beiwai. Semua untuk semester akan datang.

10 hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Tadi di 西真门, ke Toast Box, sebuah kafe dari Singapura. Punya Teh Tarik, Roti Bakar serta Laksa dan Mee Siam. Yang terbaik, punya Milo Tabur! Lain kali mahu ke sana untuk mengubat rindu Milo Tabur.

Berbalik pada 25 Januari, tarikh pulang. Beberapa orang daripada kami, mungkin 12 orang akan pulang pada hari itu. Penerbangan pada jam 8.55 pagi, jadi harus ke Lapangan Terbang Beijing pada awal kali. Setibanya di KLIA, malam nya, aku, Farid dan Laili akan pulang ke KB. =)

No comments: