Friday, January 1, 2010

1.1.10

Salam.

Triple 1 Zero. Hari ini 1. 1 Januari. Jam 8.13 aku tersedar. Telefon dicapai. Dihubungi nombornya. Herm. Hari ini masih lagi seperti semalam. Mahukan 2010 yang erbeza dengan 2009.

2009 umpama tahun malapetaka. Jika diketahui sebegitu, ku mahu tidur sepanjang 2009 dan bangkit semula semalam jam 0000, bertarikhkan 1110. 2009 begitu memaku hidup aku. Dan 2009 juga mematangkan aku. Namun aku masih belum mahu untuk menjadi sebegitu sebab inilah aku.

Jangan disalahkan 2009, salahkan diri sendiri. Kerana 2009 juga menemukan pelbagai kebahagiaan dan nikmat. Jangan difikirkan semua yang dialami itu beban tapi fikirkan semua adalah untuk diri sendiri, untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Di bawah merupakan resolusi ringkas 2009 dan mahu jadikan semua lebih baik sempena 2010 ini.

-Pelajaran biasa- -Akhlak merosot- -Masalah menimbun- -Hubungan baik- -Rambut memanjang- -Kembang kempis-

~Selamat 2010~

2 comments:

faizah said...

let's make a ggod start...
tapi dah lebih 1o hari dah sambut tahun baru

Fauzan said...

jia you!