Tuesday, January 26, 2010

Rumah

Salam.

Post ini dari rumah. Kota Bharu. Semalam tiba di KLIA pd jam 4.00 lebih kurang dan malamnya tiba di rumah pada jam 12.30 selepas makan.

Terima kasih buat yang hadir jemput semalam termasuk Askar, Aiman, Bos, Keypink, Naqib. Rabiey, Nina, Leen dan Sheila.

Serta buat rakan yang turut serta dalam penerbangan semalam. Terima kasih.

Monday, January 25, 2010

25 Januari 2010

Salam.

Baru sahaja bangkit dari tidur. Sakit kepala. Badan panas. Mungkin akibat terkena angin semasa ke Wangfujing tadi. Kesejukan. Fikiran entah ke mana.

Jam 5 pagi perlu berada di hadapan bangunan untuk menaiki teksi. Untuk ke Lapangan Terbang Peking, Beijing untuk pulang ke tanah air. Penerbangan pada jam 8.55 pagi dan setelah tiba pada jam 4.00 petang, terpaksa menunggu selama beberapa jam sebelum pulang ke KB.

Perasaan bercampur baur. Entah gembira entah kosong. Tidak tahu mengapa. Apabila di Malaysia nanti, mungkin merindui apa yang wujud di Beijing. Huhu.

Kesejukan~

Friday, January 15, 2010

Sleepy

Salam.

Malam ini mengantuk awal. Barangkali kepenatan dan kesejukan hari ini. Ke masjid dan kemudiaanya ke 西真门. Barangan dapur serta toileteries diangkut pulang ke Beiwai. Semua untuk semester akan datang.

10 hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Tadi di 西真门, ke Toast Box, sebuah kafe dari Singapura. Punya Teh Tarik, Roti Bakar serta Laksa dan Mee Siam. Yang terbaik, punya Milo Tabur! Lain kali mahu ke sana untuk mengubat rindu Milo Tabur.

Berbalik pada 25 Januari, tarikh pulang. Beberapa orang daripada kami, mungkin 12 orang akan pulang pada hari itu. Penerbangan pada jam 8.55 pagi, jadi harus ke Lapangan Terbang Beijing pada awal kali. Setibanya di KLIA, malam nya, aku, Farid dan Laili akan pulang ke KB. =)

Saturday, January 9, 2010

Taiping

Salam.

2 minit lalu ym Aidil. Kawan semasa bersekolah di SK Kampung Jambu, Taiping Perak. Apabila disebut kembali nama-nama mereka. Kenangan menerpa. Kerinduan meresap.

Aidil, Thaqif, Hazwan, Adib, Safwan, Madihah dan yang lain-lain. Namun ada yang ak sudah lupa barangkali nama mereka atau rupa mereka. Maaf dipinta.

Tetapi hati ini terdetik juga untuk pulang ke Taiping semasa cuti sebulan nanti. Mahu berjumpa dengan teman yang sudah lama tidak dikunjungi.

InsyaAllah ada masa dan jodoh kita akan berjumpa nanti. =)

SKKJ

Moody

Malas nak update.

Not in good mood.

Cuti

Cuti Bermula

08 - 25

25 Januari

Pulang ke Malaysia


Monday, January 4, 2010

Peperiksaan

Salam

6 Januari 2010

Ujian terakhir

Belum studi

Malas


Friday, January 1, 2010

1.1.10

Salam.

Triple 1 Zero. Hari ini 1. 1 Januari. Jam 8.13 aku tersedar. Telefon dicapai. Dihubungi nombornya. Herm. Hari ini masih lagi seperti semalam. Mahukan 2010 yang erbeza dengan 2009.

2009 umpama tahun malapetaka. Jika diketahui sebegitu, ku mahu tidur sepanjang 2009 dan bangkit semula semalam jam 0000, bertarikhkan 1110. 2009 begitu memaku hidup aku. Dan 2009 juga mematangkan aku. Namun aku masih belum mahu untuk menjadi sebegitu sebab inilah aku.

Jangan disalahkan 2009, salahkan diri sendiri. Kerana 2009 juga menemukan pelbagai kebahagiaan dan nikmat. Jangan difikirkan semua yang dialami itu beban tapi fikirkan semua adalah untuk diri sendiri, untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Di bawah merupakan resolusi ringkas 2009 dan mahu jadikan semua lebih baik sempena 2010 ini.

-Pelajaran biasa- -Akhlak merosot- -Masalah menimbun- -Hubungan baik- -Rambut memanjang- -Kembang kempis-

~Selamat 2010~