Wednesday, December 9, 2009

Ujian hari ini tamat jam 11.20. Pulang dari kelas terus menuju ke restoran mengisi perut. Pulang ke bilik tidur sejenak. Terjaga setelah terdengar bunyi pintu dibuka. Mengantuk.

Telefon bimbit dicapai. Mengantuk lagi. Selimut ku capai menyelubungi badan. Malaysia, Mekah, Beijing. Lokasi demi lokasi. Main bola? Menghairankan. Aku sedar aku dah lama tak hasilkan peluh dari badan. Beijing makin sejuk. Musim sejuk sekali lagi menghampiri.

Bak kata status YM Mat ' As cold as heart'. Hati ini juga sejuk. Hati ini mahu ketenangan. Hati ini tidak perlu dihangatkan. Tidak perlu disediakan 'heater' untuknya. Hati ini hanya mahu rehat.

Rehat, rehat dan rehat.

No comments: