Tuesday, December 29, 2009

Self Sacrifice


Salam.

Hidup ini memerlukan pengorbanan. Mengorbankan diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain. Mengorbankan orang lain untuk kebahagiaan diri sendiri. 2 subjek yang wujud untuk meratakan pengorbanan.

Ramai sahaja yang pentingkan diri sendiri, ramai sahaja yang mementingkan orang lain. Serta, wujudnya juga komuniti yang pentingkan orang lain sehingga memakan diri sendiri.

Bukan erti kata terpaksa tetapi kemahuan sendiri yang berkemahuan untuk melihat kebahagian orang lain kerana disangka akan dapat bahagiakan diri sendiri. Namun, wujudnya golongan yang apabila kebajikan orang lain yang dititikberatkan, diri sendiri terabai.

Mereka kadang-kadang akan merungut kenapa tidak dibalas tindakan mereka. Mereka yang merungut ini tidak sedar bahawa mereka lebih mementingkan diri sendiri apabila cuba untuk mengharapkan balasan daripada yang diberi sesuatu.

Namun, mereka gembira apabila melihat orang lain gembira. Yang mewujudkan masalah hanya perasaan mereka sendiri. Jadi, mereka sepatutnya abaikan perasaan mereka kerana itulah yang akan menghantui mereka selama mereka bersedih. Tidak begitu Fuzan?

No comments: