Saturday, December 19, 2009

Mind Our Own Business Before Other's

Salam.

Quote ini betul-betul aku amati kebelakangan ini sehinggakan menimbulkan persoalan pada diri sendiri. Aku ini penyibukkah? Salahkah untuk aku prihatin? Bukankah kita patut saling mengambil berat antara satu sama lain?

Orang cakap aku pandai manipulasi keadaan. Pandai Manipulasi situasi. Pandai Manipulasi perasaan. Orang juga risau jika aku betul punya kelebihan ini, aku mampu kawal hidup orang lain. Orang ini juga yang bagi aku, merasakan aku sudah manipulasi hidup dia. Walaubagaimanapun, aku tidak tahu ke arah yang lebih baik atau buruk.

Perkaranya, aku tidak pernah berniat untuk kawal sesiapa pun. Aku hanya tidak mahu melihat keadaan yang tidak indah di mata, tidak sedap didengar. Kalau tidak pernah mahu aku prihatin, luahkan sahaja.

Pernah juga soalan diajukan pada aku, 'Kamu kasihankan orang lain tetapi kamu pernah ke kasihankan diri sendiri?' Aku diam membisu. Aku kelu seribu bahasa. Aku akui aku jarang pertikaikan apa yang diri sendiri lakukan berbanding perbuatan orang lain. Namun, itu yang dapat memuaskan hati.

Puaskah? Kak Faizah pernah cakap 'If you don't care too much, then you would'nt hurt to much'. Dan dia betul-betul harap aku dapat aplikasikan pemikiran itu. Terima kasih buat Akak, saya akan cuba kerana sekarang hidup betul-betul berbeza. Betul, hidup ini terlalu kompleks jika itulah yang kita cuba lakukan, menyebatikan hidup kita dengan hidup orang lain.

Jika terlebih prihatin, disalah erti. Jika sebaliknya, dikata pentingkan diri sendiri. Jadi, sila berada di tengah-tengah ya Fauzan. Ketahuilah batas kamu dalam mengambil berat tentang masalah hidup orang lain. Masalah sendiri sudah selesai ke?

~Clear Your Path With Joy~

No comments: