Saturday, December 19, 2009

Kerinduan


Salam.

Pagi ini, hati ini amat merindui. Merindui keluarga tersayang. Ma, Abah, Long, Abe Yie, Haris n Hanis, Kak Na, Abe Din, Amad, Ayeh dan semestinya Adik. Gusar, hati ini betul-betul gusar apabila memikirkan tentang mereka. Kenangan bersama diimbas. Hati ini rindu. Hati ini mahu pulang.

25 Januari 201o, penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur, kemudiaanya akan pulang ke Kota Bharu. Tarikh keramat ini, bagi aku terlalu lambat untuk dinantikan. Silap aku juga berkeputusan untuk pulang lambat. Itupun disebabkan khabar angin 'Winter School Trip'. Haish! Tidak mengapalah asalkan dapat pulang.

Keluarga. Satu institusi keramat. Dalamnya wujud kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan. Sekarang betapa institusi ini dicalari oleh segenap ahlinya. Menyedihkan lagi, jika berkeluarga hanya berpautkan kepentingan masing-masing.

Apa yang lagi menyedihkan, pengabaian. Wujudnya manusia yang tidak mengaku ahli keluarga sendiri. Menzahirkan kebencian terhadap ahli keluarga. Alhamdulillah, dalam keluarga aku wujudnya konflik tetapi tidak mencapai tahap sebegitu. Insyaallah tidak akan pernah berlaku jika masing-masing tahu peranan sendiri.

No comments: