Saturday, December 26, 2009

Kaca Mata


Salam.

Kaca mata. Penglihatan diperjelas. Gaya dianggunkan. Berada di Kota Beijing, melihatkan ramai penduduknya yang suka menggayakan cermin mata tanpa cermin, hanya berbingkai mata.

Namun, ramai pula yang pada asalnya perlu berkaca mata memilih untuk tidak memakainya. Kanta sentuh dicari. Sesetengah menyatakan kaca mata itu berat, ad juga yang mahu mata asalnya dipertonton dan secara majoritinya, mereka tidak suka berkaca mata.

Dunia ini sudah terbalik. Haha.

Bagi aku, berkaca mata lebih disukai kerana ia boleh menjadi salah satu aksesori pada bahagian muka. Bukan pada muka aku, tetapi pandangan terhadap orang lain. Aku lebih suka mereka yang berkaca mata daripada yang memakai kanta sentuh.

Alasannya? Bagi aku, perempuan yang memakai kaca mata, nampak lebih comel. Kot. huhu. Serta nampak lebih berintelektual. Kaca mata biasanya boleh menggambarkan personaliti seseorang mengikut jenis kaca mata yang dipilih mereka.

Sekarang Acu sudak tidak berkaca mata. Ia disebabkan matanya yang agak bermasalah. Seminggu lalu, Cu ada cuba untuk mengenakan kanda sentuh juga, namun bermasalah. Haha. Nasib baik Acu cakap, lebih elok kalau Cu berkaca mata. Terima kasih. =)

Di BFSU, ramailah juga yang mengenakan kanta sentuh. Jadi, untuk lebih istimewa, pakailah kaca mata. Hehe.

Post hari ini agak merapu sebab da lama x update blog ni. =p

2 comments:

Nor Halimah said...

pkaila kaca mata jika perlu=)

Fauzan said...

Thanx angah.
=)